Harian Metro

Mourinho mahu Carrick bantu staf kejurulati­han

-

Manchester: Pengendali Manchester United Jose Mourinho berkata, dia ada membuat tawaran kepada kapten kelab, Michael Carrick untuk menjadi

sebahagian daripada kakitangan kejurulati­han kelab.

Sebelum

United mencatat kemenangan 1-0 ke atas Brighton semalam, bekas pemain England berusia 36 tahun itu mendedahka­n dia terpaksa menjalani pembedahan jantung akibat denyutan tidak sekata.

Pemain tengah itu berdepan masalah berke- naan ketika kelabnya mencatat kemenangan ke atas Burton pada saingan Piala Liga, September lalu dan baru saja menjalani latihan bersama skuad utama.

“Sebagai seorang individu, Carrick lebih penting berbanding dirinya sebagai pemain,” kata Mourinho. “Kami memberikan masa kepadanya untuk berehat, kembali pulih, membina keyakinan dan kemudian membuat keputusan sama ada mahu terus bermain atau bersara.

“Dia tahu ada kekosongan dalam barisan kejurulati­han saya untuknya jika dia mahu. Kerusi sudah tersedia untuknya di pejabat. Saya mahukannya, ahli lembaga juga mahukanya, begitu juga dengan pemilik kelab ini.

“Carrick berada dalam situasi selesa. Tapi, dia mahu terus bermain sehingga hujung musim ini dan sekarang lebih yakin untuk kembali beraksi.”

Mourinho dilihat kecewa selepas menyaksika­n United beraksi hambar dengan hanya gol sendiri pertahanan lawan, Lewis Dunk membolehka­n mereka meraih tiga mata penuh. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia