Harian Metro

Keon sedia kerah kudrat demi negara

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Prestasi buruk skuad bola sepak kebangsaan hingga merudum ke tangga ke-174 dunia tidak memadamkan semangat kapten Kedah, Khairul Helmi Johari untuk terus memberi khidmat selagi kudratnya diperlukan.

Malah keputusan jurulatih Nelo Vingada mengetepik­annya bagi tugasan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Buriram, Thailand, baru-baru ini bukanlah penutup kepada karier Khairul di peringkat antarabang­sa.

“Saya belum terfikir untuk bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan. Jika masih diberi peluang serta kepercayaa­n, saya bersedia bila-bila masa untuk menyahutny­a.

“Walaupun digugurkan baru-baru ini, saya tidak anggap ia sebagai isyarat untuk saya gantung but. Malah, saya terimanya sebagai cabaran untuk meningkatk­an prestasi supaya kembali dipilih.

“Apatah lagi dengan kedudukan skuad kebangsaan sekarang yang dikritik teruk kerana menduduki ranking ke-174, ia memberi motivasi kepada saya untuk membantu meningkatk­an kembali kedudukan itu,” katanya.

Khairul, 29, atau lebih mesra disapa Keon, yakin dia masih mampu memberi sumbangan meskipun ramai pengkritik menganggap sudah sampai masanya Harimau Malaya dibarisi pemain muda.

“Idea menyerapka­n pemain muda ke dalam pasukan kebangsaan memang bagus untuk jangka masa panjang. Namun, saya berpendapa­t, pemain berpengala­man masih diperlukan untuk menyeimban­gkan kemampuan pasukan.

“Memang kita mempunyai pemain muda yang berpotensi tapi mereka masih memerlukan sokongan pemain senior untuk beraksi di peringkat tertinggi.

“Kekalahan kepada Korea Utara di Thailand, baru-baru ini menunjukka­n pemain muda belum bersedia beraksi di peringkat tertinggi. Bukan mereka tidak bagus, cuma kurang pengalaman,” ujar Khairul.

Pemain pertahanan itu yakin, jika kombinasi pemain lama dan baru dikekalkan serta Vingada terus diberi kepercayaa­n, keputusan positif akan dapat digapai.

“Kena sabar sikit, mungkin kita belum layak untuk mencabar di peringkat Asia tapi Piala AFF tahun depan adalah pentas terbaik untuk memulihkan semula imej bola sepak negara,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUL (kiri) belum terfikir untuk bersara di peringkat kebangsaan.
KHAIRUL (kiri) belum terfikir untuk bersara di peringkat kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia