Harian Metro

Hashim harap Aiman diserap dalam skuad senior

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha berharap anak lelakinya Aiman Shakir Hashim dapat diserap ke dalam skuad senior pasukan negeri itu musim depan.

Hashim berkata, jika anaknya yang kini berusia 20 tahun berpeluang mewakili pasukan itu musim depan, ia dapat meneruskan legasi bola sepaknya sekali gus memperluas­kan pengalaman anaknya sebagai pemain.

Menurutnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu kini beraksi dalam skuad Piala Presiden sebaris dengan nama seperti Daniel Ashraf Abdullah dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

“Sudah tiba masanya dia (Aiman) yang bermain di benteng pertahanan beraksi dalam skuad Liga Super kerana sebelum ini dia antara yang membantu skuad Kelantan dalam pertanding­an Piala Presiden.

“Sebagai bapa sudah pasti saya mahukan yang terbaik dan mahu dia bermain di peringkat lebih tinggi kerana bakat muda seperti ini perlu mendapat lebih penampilan dalam sesebuah pasukan,” katanya.

Hashim yang juga jurulatih The President Warriors bagaimanap­un tidak memaksa badan induk negeri itu untuk memilih anaknya kerana ia sekadar pendapat peribadi.

Katanya, seramai 15 pemain yang kini beraksi dalam skuad Piala Presiden negeri itu berpotensi untuk diserap ke skuad utama.

“Saya tidak kata pengurusan perlu ambil cuma kalau boleh dipertimba­ngkan kerana saya menganggap anak saya berpotensi sama dengan rakannya yang beraksi dalam pasukan.

“Ada kira-kira 15 lagi pemain yang dilihat boleh membantu skuad utama Kelantan dan mungkin mereka ini memerlukan masa satu atau dua tahun lagi sebelum dapat diserap sepenuhnya ke skuad senior,” katanya.

 ??  ?? AIMAN (kanan) kini beraksi dalam skuad Piala Presiden Kelantan.
AIMAN (kanan) kini beraksi dalam skuad Piala Presiden Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia