Harian Metro

Jual lelong kosmetik curi

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

 Wanita kebas alat solek dari farmasi ditahan

Seorang wanita bukan saja mencuri kosmetik bernilai RM1,000 dari sebuah farmasi di Kompleks Karamunsin­g di sini, 20 November lalu, malah ia dijual semula pada harga lelong.

Bagaimanap­un, wanita berusia 30 tahun itu akhirnya ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di kaki lima di sekitar Kompleks Asia City di sini, jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, susulan laporan dibuat pemilik farmasi, pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes terbabit.

“Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di farmasi berkenaan, maklumat awam dan hasil risikan, akhirnya lokasi suspek dapat dikenal pasti.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri kosmetik berkenaan. Suspek mengaku menjual barangan berkenaan di kaki lima berhampira­n Kampung Air di sini.

“Setiap produk dijual pada harga RM10 saja,” katanya ketika dihubungi.

Suspek dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan semakan mendapati wanita terbabit pernah ditahan berkaitan kes dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah. Kami tidak menolak kemungkina­n suspek mencuri bagi mendapatka­n modal untuk membeli dadah,” katanya.

Suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

 ??  ?? M Chandra
M Chandra

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia