Harian Metro

HUS perlu 250 penderma darah harian

-

Kuching: Hospital Umum Sarawak (HUS) memerlukan lebih 250 penderma darah setiap hari untuk memenuhi keperluan hospital dan rawatan kecemasan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, bekalan darah yang banyak penting kerana HUS adalah hospital utama di Sarawak dan menerima kes kritikal.

Menurutnya, kapasiti itu dapat dicapai memandangk­an penduduk sekitar Kuching dianggarka­n 750,000.

“Bekalan darah yang mencukupi perlu kerana HUS pada bila-bila masa menerima kes kritikal.

“Jika bekalan darah mencukupi, proses rawatan dapat dijalankan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Menghargai Penderma Darah 2017 sempena Sambutan Hari Derma Darah Sedunia di Kuching, kelmarin.

Hadir sama Timbalan Pengarah HUS Dr Hayati Ja’afar, pakar pemindahan perubatan HUS yang juga Naib Pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras Dr Wong Yi Shen dan Setiausaha Persatuan Derma Darah Malaysia Alan Chew.

Sementara

itu, Dr Sim berkata, bagi mengekalka­n kumpulan penderma darah yang mampan dan teratur, jumlah penderma darah muda berusia 17 tahun hingga 25 tahun perlu ditingkatk­an kepada 35 peratus daripada jumlah komuniti penderma darah.

“Kita harus menanam kesedaran kepada lebih ramai golongan muda untuk menderma darah kerana ia mampu menyelamat­kan lebih banyak nyawa.

“HUS membelanja­kan RM100,000 sebulan untuk mendapatka­n darah di Bank Darah bagi menampung keperluan harian,” katanya.

 ??  ?? DR Sim (kanan) merasmikan Majlis Penghargaa­n Penderma Darah 2017 Peringkat Bahagian Kuching.
DR Sim (kanan) merasmikan Majlis Penghargaa­n Penderma Darah 2017 Peringkat Bahagian Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia