Harian Metro

BEKAS PENSYARAH MINUM RACUN

TEKANAN HUTANG PENGAJIAN

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

Akibat tertekan perlu menyelesai­kan hutang pengajian, seorang wanita yang juga bekas pensyarah meneguk racun rumpai di rumahnya di Simpang Durian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superinten­dan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian berlaku jam 1 tengah hari apabila wanita terbabit mengambil racun dalam stor di rumahnya.

Katanya, kejadian disedari anak lelakinya berusia 11 tahun sebaik mendapati ibunya terbaring dalam keadaan mulut berbuih.

“Sehubungan itu, anak mangsa memberitah­u neneknya mengenai kejadian itu sebelum wanita itu menghubung­i menantunya,” katanya.

Kamarul Rizal berkata, suami wanita itu yang berada di Kuala Pilah pulang ke rumah dan membawanya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk mendapatka­n rawatan.

“Buat masa ini wanita itu dalam keadaan stabil dan siasatan mendapati dia berdepan kemurungan selain tertekan selepas diminta menjelaska­n hutang pengajian,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, wanita berkenaan bekas pensyarah dan berhenti kerja sejak 11 tahun lalu akibat kemurungan.

Katanya, biarpun begitu, suaminya yang bekerja di kampung membantu menyelesai­kan pinjaman apabila membuat bayaran bulanan.

“Berikutan bayaran dikatakan sedikit, pihak agensi berkaitan mendesak supaya bayaran penuh dilakukan. Akhirnya wanita itu yang tertekan bertindak meneguk racun rumpai,” katanya.

Buat masa ini wanita itu dalam keadaan stabil”

Kamarul Rizal Jenal

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia