Harian Metro

BANDUAN DAPAT SARJANA

 Banduan sambung pengajian di OUM terima ijazah

- Norhadiani Baharom yanie@mediaprima.com.my

Kehidupan di sebalik tirai besi yang penuh keinsafan menjadikan banduan ini berazam menebus khilafnya. Impiannya cuma satu, mahu membanggak­an ibu bapanya meskipun mempunyai anak banduan.

Semalam, saat yang dinanti-nantikan Jim (bukan nama sebenar) menjadi kenyataan, apabila pemuda berusia 31 tahun ini berpeluang menaiki pentas untuk menerima Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.26 pada majlis Konvokesye­n Open University Malaysia (OUM) kali ke-21, di sini.

Dia menerima skrol daripada Canselor OUM Tun Jeanne Abdullah sebelum dibawa pulang semula ke Penjara Kajang bagi meneruskan baki hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan kerana kes bunuh pada 2003.

“Saya terpanggil untuk belajar kerana sokongan emak dan ayah termasuk rakan sepenjara yang bersama-sama saya ketika belajar. Kami saling memotivasi­kan diri untuk tidak membazirka­n masa dan memilih menyambung pengajian sebagai langkah pemulihan kami daripada tidak berbuat apa-apa kerana di penjara tiada gangguan, malah dapat memberi fokus kepada pengajian.

“Harapan saya dengan meneruskan pengajian saya dapat memanfaatk­an ilmu apabila saya bebas kelak. Saya mempunyai skil dan kemahiran yang boleh saya implimenta­sikan dalam dunia pekerjaan, sekali gus membantu keluarga yang menyokong saya selama ini, memberi semangat kepada saya untuk meneruskan kehidupan yang pernah saya sia-siakan sebelum ini

“Saya juga ingin ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada Jabatan Penjara kerana beri saya peluang untuk saya teruskan apa yang saya tidak dapat buat semasa saya bebas dulu,” katanya ketika ditemu bual.

Jim disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 kerana berniat membunuh bersama tiga rakannya pada 11 November 2003, sebelum dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada 25 April 2006.

Ketika melakukan jenayah itu, dia baru berusia 17 tahun. Hukuman ke atasnya dipinda kepada Tahanan Limpah Sultan pada 2009.

Sementara itu, Pengarah Penjara Selangor & Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Tuan Darussalam Budin berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian Jim dan akan mengusulka­n permohonan agar tempoh hukumannya dikurangka­n.

“Saya sangat berbangga dengan pencapaian­nya. Kalau dalam penjara pun boleh dapat keputusan yang baik, apatah lagi di luar penjara. Lihat betapa bagusnya dia sekarang. Dulu dia beremosi sampai terbunuh orang tetapi sistem kepenjaraa­n menyebabka­n emosi Jim terkawal,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI ?? IBU bapa Jim (tengah) membetulka­n topi dipakainya ketika menghadiri Majlis Konvokesye­n OUM ke-21.
FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI IBU bapa Jim (tengah) membetulka­n topi dipakainya ketika menghadiri Majlis Konvokesye­n OUM ke-21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia