Harian Metro

DURIAN VVIP

Durian ASFA50 dijangka lebih mahal daripada musang king

- lapor Mahaizura Abd Malik dan Aizat Sharif

> Kacukan empat baka terbaik

iaitu tembaga, musang king, duri hitam dan udang merah, durian ASFA50 bakal

menyaingi harga musang king dalam setahun dua lagi.

Berbuah selepas tiga tahun ditanam, baka durian ‘elit’ itu kini hanya dimiliki kelompok kecil termasuk 20 golongan kenamaan (VIP) serta ternama (VVIP), antaranya Raja Perlis

dan dua bekas perdana menteri,

ASFA50

mudah ditanamdal­am

pasubesar

“Saya bangun pagi saja, tengok pokok durian dulu. Melihat ‘tiga kesayangan’ saya ini tumbuh sihat memberikan satu keseronoka­n kepada saya,” kata Datuk Yazid Othman, antara kira-kira 20 golongan kenamaan (VIP) dan ternama (VVIP) yang memiliki anak pokok durian diraja ASFA50 di negara ini.

Dua bekas Perdana

Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi selain bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin adalah golongan VVIP antara pemilik durian istimewa ini, selain keluarga diraja Perlis.

Selain Yazid, golongan VIP yang turut memiliki baka durian jenis itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Baka durian jenis itu menjadi buruan ramai di pasaran terhad berikutan dihasilkan menerusi kacukan empat baka durian terbaik iaitu tembaga, musang king, duri hitam dan udang merah selepas penyelidik­an dan pembanguna­n (RND) selama tujuh tahun diketuai seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menetap di Thailand.

Setakat ini, buah ASFA50 belum berada di pasaran tetapi apabila berbuah dalam tempoh tiga tahun kelak, ia dijangka lebih mahal daripada musang king yang dijual antara RM35 hingga RM90 sekilogram mengikut gred.

Bercerita lanjut kepada Harian Metro, Yazid yang juga Naib Presiden Majlis Datuk Persekutua­n Malaysia berkata, sejak lima bulan lalu hobinya beralih kepada tiga anak pokok durian berkenaan yang dibeli daripada seorang rakan lama selepas maklumat penjualan baka baru itu tular di Facebook.

“Selain mengisi masa lapang dengan menjalani salah satu gaya hidup sihat, tidak rugi berbudi kepada tanah kerana hasilnya boleh dimakan seisi keluarga.

“Tujuan saya menanam pokok ini untuk makan saja memandangk­an kami sekeluarga peminat tegar durian dan kebetulan ramai rakan suka durian, jadi kalau ada tanam sendiri saya rasa lebih bagus.

“Jika mahukan hasilnya bagus, kita kena ‘membelai’ dan tatang macam minyak yang penuh, jadi itulah yang saya lakukan untuk tiga kesayangan saya ini bahkan jika ada seekor semut di

 ??  ??
 ??  ?? YAZID bersama isteri dan anak melihat anak pokok durian ASFA50 yang ditanam.
Jika mahukan hasilnya bagus, kita kena ‘membelai’ dan tatang macam minyak penuh. Jika ada seekor semut di daun sekalipun saya buang”
Yazid
YAZID bersama isteri dan anak melihat anak pokok durian ASFA50 yang ditanam. Jika mahukan hasilnya bagus, kita kena ‘membelai’ dan tatang macam minyak penuh. Jika ada seekor semut di daun sekalipun saya buang” Yazid
 ??  ?? ANAK pokok durian ASFA50 sesuai ditanam di sekeliling rumah.
ANAK pokok durian ASFA50 sesuai ditanam di sekeliling rumah.
 ??  ?? TUN Daim (kanan) bersama Ferri Anugerah.
TUN Daim (kanan) bersama Ferri Anugerah.
 ??  ?? FERRI Anugerah (kiri) menghadiah­kan anak pokok durian baka ASFA50 kepada Tuanku Syed Sirajuddin sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke-74 pada Mei lalu.
FERRI Anugerah (kiri) menghadiah­kan anak pokok durian baka ASFA50 kepada Tuanku Syed Sirajuddin sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke-74 pada Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia