Harian Metro

BANJIR MULA JENGAH PANTAI TIMUR

36 keluarga ditempatka­n di tujuh PPS di empat daerah

- Kota Bharu Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Hujan lebat sejak kelmarin menyebabka­n beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir dan seramai 157 mangsa dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), semalam.

Pusat pemindahan pertama dibuka di Kota Bharu jam 12 tengah hari semalam selepas air di beberapa kampung di sekitar Ketereh dinaiki air sehingga 0.5 meter.

Sehingga jam 6 petang, sejumlah 36 keluarga ditempatka­n di tujuh PPS di empat daerah.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup berkata, daerah yang dilanda banjir adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Dua PPS di Kota Bharu membabitka­n Pusat Latihan & Dakwah Orang Asli Islamic Outreach ABIM Kelantan,

Kok Lanas dan Dewan Besar Melor, Madrasah Haji Daud di Pasir Mas, satu di Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek dan tiga di

Pasir Puteh iaitu SK

Changgai, SK Kamil 1 serta SK Wakaf Raja.

“Kami jangkakan PPS yang bakal dibuka akan bertambah memandangk­an hujan lebat masih melanda di beberapa daerah di Kelantan.

“Pihak kami bersedia untuk membantu masyarakat terutama mangsa banjir di kawasan yang rendah,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, tiga jalan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di Kilometer (KM) 3.2 Jalan Bukit Sireh Kuala Krai, di KM2 Jalan Sungai Mati Kerawang (Machang) dan di KM6.9 Jalan Machang, Machang.

Dua sungai utama berada di paras berjaga-jaga iaitu Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Sungai Golok di Rantau Panjang masing-masing 21.87 meter dan 7.84 meter.

Enam sungai lain berada di paras normal iaitu Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kusial Tanah Merah, Sungai di Jeti Kastam, Kota Bharu dan Sungai di Pasir Puteh.

Sementara itu, di Machang sehingga jam 6 petang semalam, sebanyak 12 rumah di Kampung Dewan Besar, Labok dinaiki air namun mereka masih belum berpindah ke PPS.

Kami jangkakan PPS yang bakal dibuka akan bertambah memandangk­an hujan lebat masih melanda di beberapa daerah di Kelantan. Kami bersedia membantu masyarakat”

Said Sidup

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN jalan ditenggela­mi banjir di Kampung Bukit Abar.
KEADAAN jalan ditenggela­mi banjir di Kampung Bukit Abar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia