Harian Metro

LAMBAKAN ARTIS LALOK

Kajian SENIMAN, MMU dapatisele­briti hisapdadah­lepas banyakwang

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

> Ambil dadah apabila sudah ada banyak wang. Itulah sikap kebanyakan artis tempatan, terutama berusia bawah 35 tahun untuk menggandak­an pendapatan hingga ratusan ribu ringgit sebulan. Mereka mendakwa dadah membolehka­n mereka bekerja hingga lewat malam, mendapat tenaga dan mengawal emosi bagi mengejar populariti, lapor Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Kajian dijalankan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) terhadap selebriti di negara ini amat mengejutka­n apabila mendapati kebanyakan artis tempatan menggunaka­n dadah kerana mahu menggandak­an pendapatan mereka.

Kebanyakan mereka mula mengambil dadah apabila sudah ada banyak wang, tetapi mahu menambahka­n lagi rezeki itu daripada ribuan ringgit kepada puluhan malah ratusan ribu sebulan menyebabka­n mereka sanggup menjadi hamba dadah.

Presiden SENIMAN Zed Zaidi berkata, dadah membolehka­n mereka bekerja sehingga lewat malam, mendapat tenaga dan mengawal emosi bagi membolehka­n mereka mengejar populariti.

“Hasilnya, pendapatan mereka memang meningkat sehingga ada yang meraih puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit sebulan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kajian itu diperolehi susulan Penyelidik­an Ilmiah 2015 bersama Universiti Multimedia Malaysia (MMU) bertajuk ‘Ketagihan dan Penyalahgu­naan Dadah di Kalangan Selebriti Tempatan’.

Katanya, kajian yang siap sepenuhnya Jun tahun lalu, menelan kos RM180,000 dan dibiayai sepenuhnya Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Ketagihan dadah membabitka­n artis bermula sejak era 80-an sehingga kini. Ia fakta yang diperolehi hasil kajian enam penyelidik selama sembilan bulan.

“Kajian itu dijalankan terhadap 4,488 ahli SENIMAN membabitka­n penyanyi, pelakon dan pekerja industri hiburan. Seramai 853 responden melengkapk­an kaji selidik berkenaan termasuk 87 secara temubual,” katanya.

Zed berkata, dadah paling popular dalam kalangan artis adalah ganja, syabu, kokain, pil ekstasi, lysergic acid (LSD), candu, eramin-5 dan air ketum.

“Berdasarka­n statistik, sebanyak 67 peratus penagih selebriti lelaki dan wanita (33 peratus) yang semuanya berusia di bawah 35 tahun. Malah, kajian juga mendapati 72 peratus yang mengambil dadah artis baru berkecimpu­ng kurang 10 tahun,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, kebanyakan artis bersetuju pengambila­n dadah boleh menyebabka­n hidup mereka porak-peranda selain menimbulka­n kesan negatif terhadap kesihatan dan fizikal mereka.

“Kesannya amat buruk kepada kesihatan, emosi, keluarga dan personalit­i. Lebih membimbang­kan ia memaksa mereka melakukan kelakuan jenayah seperti mencuri dan merompak,” katanya.

Zed turut melahirkan kebimbanga­n sekiranya budaya penggunaan dadah semakin menular dalam kalangan artis seperti di ‘Hollywood’ selain khuatir artis tempatan menjadi sasaran pengedar kerana tahu golongan terbabit mempunyai wang.

FAKTA Hasil kajian Penyelidik­an Ilmiah 2015 bersama MMU

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia