Harian Metro

Si gemuk memang kurang ajar

 Dua lelaki berselipar di ruang solat pecah tabung derma masjid larikan RM3,000

- Saipul Adli Mohamad saipuladli@hmetro.com.my

“Suspek tidak mengaku terbabit dalam kes memecah tabung derma Masjid Jamek Sungai Rambai tetapi mengaku pecah tabung masjid lain”

Nik Ros Azhan

Dua lelaki bukan saja memecah tabung derma Masjid Jamek Sungai Rambai di sini, dan melarikan RM3,000, malah turut bertindak kurang ajar apabila tergamak berjalan di ruang solat dengan memakai selipar.

Malah, seorang daripada penjenayah berbadan gempal itu hanya berseluar pendek sambil menutup muka dengan kain bagi mengelak wajahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika melakukan jenayah itu, jam 3 pagi Sabtu lalu.

Laporan polis mengenai kejadian dibuat pada jam 1.45 tengah hari sebelum pengurusan masjid meneliti rakaman CCTV dan melihat kelibat dua lelaki yang melakukan jenayah berkenaan.

Susulan kes berkenaan, pengurusan masjid mengambil keputusan mengawasi masjid sebelum berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun bersama sebuah motosikal yang menggunaka­n plat palsu, jam 8.20 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek yang ditangkap itu berbadan gempal, tidak mempunyai pekerjaan serta tiada rekod jenayah lampau, namun tidak mengaku terbabit dalam kes kecurian itu.

“Lelaki terbabit tidak mengaku terbabit dalam kes memecahkan tabung derma Masjid Jamek Sungai Rambai tetapi mengaku terbabit dalam dua kes memecahkan tabung masjid lain di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU).

“Dia ditahan di lokap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 K anun Keseksaan bagi mengenal pasti pembabitan­nya dalam kes lain di SPT,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n dua lelaki memecah tabung masjid di Masjid Jamek Sungai Rambai.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n dua lelaki memecah tabung masjid di Masjid Jamek Sungai Rambai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia