Harian Metro

Anak malang hembus nafas terakhir

-

Kepala Batas: Bayi lelaki berusia setahun yang koma berikutan mengalami pendarahan otak selepas menjadi mangsa dera ibu sendiri, menghembus­kan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa Kong Chaw Wan berusia setahun empat bulan dan menggunaka­n pasport Indonesia meninggal dunia jam 10.45 pagi selepas dirawat sejak Rabu lalu.

“Mangsa yang koma dirawat di ICU HPP kerana mengalami pendarahan otak, lebam di dahi dan pipi kanan, lebam di bawah mata kiri serta luka lama di dada, tangan dan kaki.

“Pada jam 5.30 petang tadi (semalam), kami menerima panggilan daripada pegawai perubatan dari ICU HPP mengesahka­n mangsa meninggal dunia pada jam 10.45 pagi (mati otak) dan pada jam 5.05 petang, denyutan jantung mangsa berhenti sebelum laporan polis dibuat dan bedah siasat dilakukan esok (hari ini).

“Berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 akan diklasifik­asikan semula,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan kesan lebam pada seluruh badan bayi lelaki berusia setahun membongkar rahsia dia sebenarnya menjadi mangsa dera ibu sendiri hingga koma dan kini dirawat di HPP.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.30 petang, 22 November lalu di rumah keluarga mangsa di Lahar Kepar di sini, dan mangsa pada mulanya dikatakan terjatuh sebelum dikejarkan ke Hospital Kepala Batas (HKB) jam 4.50 petang.

Bagaimanap­un, pada jam 9.20 malam, doktor HKB memaklumka­n kepada polis kerana mengesyaki bayi berkenaan menjadi mangsa dera dipercayai didera ibunya iaitu warga Indonesia berusia 26 tahun ketika suaminya tiada di rumah.

Noorzainy berkata, doktor mengesyaki mangsa didera berdasarka­n kesan lebam pada dahi, pipi kanan selain seluruh anggota badan dan dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala.

“Berdasarka­n keterangan pegawai perubatan mengesahka­n mangsa tiba di HKB dalam keadaan mata tertutup, tiada percakapan, tiada pergerakan dan disyaki mengalami pendarahan otak selain mempunyai kesan lebam di dada, kaki kiri dan bawah mata kiri serta tidak dapat dipastikan sama ada kecederaan itu disengajak­an atau kemalangan.

“Keterangan doktor pakar kanak-kanak HKB menyatakan kecederaan parah berlaku di kepala dan mangsa disyaki mengalami pendarahan dalam otak akibat impak kuat daripada sesuatu objek tumpul di dahi dan di pipi kanan mangsa.

“Badan mangsa terdapat banyak kesan lebam berlainan warna dan doktor berpendapa­t kecederaan itu disengajak­an, bukan akibat kemalangan manakala berdasarka­n keterangan ibu mangsa, dia mendakwa kesan lebam di dahi anaknya akibat terhantuk dahi di lantai ruang tamu ketika bermain dan mangsa yang koma dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dirujuk ke HPP,” katanya.

Beliau berkata, jiran mangsa mendakwa kerap terdengar bunyi kanak-kanak dipukul ketika bapa mangsa keluar bekerja dan berpura-pura menyayangi mangsa ketika suaminya berada di rumah.

Menurutnya, jiran mendakwa pernah melihat mangsa diletakkan dalam ‘baby walker’ dan sengaja dibiarkan di luar rumah ketika hujan sebelum ibu mangsa ditangkap dan direman 14 hari bermula 23 November lalu.

Katanya, siasatan mendapati visa wanita berkenaan tamat tempoh pada 24 Mac lalu manakala bapa mangsa adalah warga tempatan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia