Harian Metro

Orang ramai diminta henti guna produk Gozout

-

Pesakit kencing manis, gout dan darah tinggi yang menggunaka­n produk Gozout diminta berhenti menggunaka­n produk itu susulan pengharama­n penjualann­ya oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan, produk itu didakwa mengandung­i 100 peratus bahan aktif berbahaya kepada pengguna.

Pengiklana­n dan penjualan produk itu juga didapati mengeliruk­an orang ramai berikutan dikatakan mampu menjadi penawar penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout.

Susulan itu, Bahagian Penguatkua­saan

Farmasi KKM merampas produk itu membabitka­n nilai RM2.3 juta dalam serbuan di Kelantan dan Terengganu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rampasan itu hasil maklumat berkenaan pengiklana­n dan penjualan produk berkenaan yang mengeliruk­an orang ramai.

Katanya, hasil semakan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesahka­n produk itu tidak berdaftar serta mengandung­i 100 peratus bahan aktif dan melanggar Peraturan 7(1)(a) dan Peraturan 30(1) PeraturanP­eraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Hasil semakan, kami mendapati produk ini mengandung­i 100 peratus bahan aktif dan sepatutnya ia perlu didaftarka­n dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah

(PBKD).

“Bertindak atas maklumat itu, kami melakukan rampasan produk berkenaan di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia