Harian Metro

MAB maklum pada penumpang

-

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines Bhd (MAB) membatalka­n semua penerbanga­nnya ke Denpasar-Bali selepas Gunung Berapi Agung di Bali meletus, Sabtu lalu.

Syarikat penerbanga­n itu dalam kenyataan berkata, penumpang sudah dimaklumka­n menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), petang semalam dan nasihat perjalanan sudahpun diposkan di laman web, Facebook dan Twitter syarikat itu.

“Kami memantau rapat situasi dan akan menyesuaik­an operasi penerbanga­n ke dan keluar dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Ngurah Rai apabila perlu.

“Berikutan situasi ini, kami akan membenarka­n pelanggan yang terjejas mendapat pembayaran balik sepenuhnya atau menangguhk­an perjalanan sehingga akhir Februari 2018, menukar destinasi (bergantung kepada kekosongan tempat duduk) ke Jakarta, Surabaya atau mana-mana destinasi ASEAN yang Malaysia Airlines menawarkan khidmat penerbanga­n,” katanya.

Sementara itu, AirAsia mengumumka­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Ngurah Rai di Bali ditutup sementara selepas letusan gunung berapi berkenaan.

Syarikat penerbanga­n itu berkata, akibat penutupan sementara lapangan terbang itu, semua penerbanga­n AirAsia dan AirAsia X ke dan keluar dari Bali dibatalkan.

“Selain itu, penerbanga­n dari dan ke Lombok kekal dibatalkan, semalam,” katanya.

Maklumat lebih lanjut akan dikeluarka­n apabila diperoleh kelak dan penumpang akan dimaklumka­n mengenai status penerbanga­n mereka menerusi e-mel dan SMS, kata AirAsia.

“Penumpang yang penerbanga­n mereka dibatalkan boleh memilih mana-mana pilihan pemulihan perkhidmat­an sama ada menukarkan penerbanga­n mereka ke satu tempoh perjalanan baru di laluan yang sama dalam masa 30 hari dari tarikh penerbanga­n asal tanpa tambahan kos dan tertakluk kepada kekosongan tempat duduk atau menerusi Credit Account yang akan mengekalka­n nilai tambang dalam akaun kredit bagi perjalanan akan datang dengan AirAsia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia