Harian Metro

Bau ‘lembut’ kurang manja

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Daya tarikan durian diraja ASFA50 yang tidak berbau kuat serta 80 peratus kurang gas berpotensi menembusi pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif Super Tech Industrial Sdn Bhd Ferri Anugerah Makmur berkata, kemunculan ASFA50 bakal memberikan alternatif pemasaran durian yang kini dipelopori musang king.

“Majoriti pasaran dunia sangat sensitif dengan bau durian. Misalnya, kebanyakan rakyat China terutama mereka yang belum pernah merasa durian merasakan bau musang king amat kuat.

“Kelebihan ASFA50 yang tidak berbau kuat, namun rasa serta kualitinya mampu menyaingi kehebatan musang king dijangka menjadi daya tarikan menembusi pasaran baru.

“Justeru, memandangk­an ramai rakyat China menggilai musang king, kita mungkin boleh fikirkan alternatif kedua bagi memasarkan ASFA50 ke China selepas ini,” katanya mengulas muka depan akhbar ini berkaitan durian diraja ASFA50.

Menurut beliau, pihaknya menggalas tanggungja­wab sebagai pemasar utama ASFA50 dibantu Pertubuhan Peladang Perlis selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l yang mewartakan ASFA50 sebagai buah diraja Perlis pada 17 Mei lalu.

“Buat masa ini, kita fokus penjualan benih di Malaysia. Alhamdulil­lah setakat ini, hampir 2,000 anak pokok ASFA50 dijual kepada rakyat Malaysia termasuk individu dan orang kenamaan.

“Mereka yang berminat menanam ASFA50 boleh mendapatka­n anak pokok di tapak semaian dan baka benih

 Potensi ASFA50 di pasaran global lebih besar

di Taman Sri Watan, Ampang serta Pertubuhan Peladang Perlis di Kangar,” katanya.

Katanya, kombinasi empat jenis baka durian tempatan menjadikan pokok durian diraja ASFA50 tidak manja dan mempunyai daya ketahanan luar biasa berbanding durian biasa yang remeh penjagaann­ya.

“Lazimnya, penjagaan baka durian lain sangat rumit. Jika tanam perlu ada kepakaran dan ilmu, tetapi dengan kombinasi durian tembaga, musang king, duri hitam dan udang merah, ia menghasilk­an baka yang lebih tahan dan berkualiti.

“Penjagaan yang bagus memerlukan baja organik kerana ia menukar tanah jenis alkali kepada bersifat asidik yang memiliki tahap kesuburan pH 5.5.

“Selain itu, kelebihan ASFA50 yang berakar tunjang dan lebih mesra alam memudahkan­ya ditanam di halaman rumah. Ini daya tarikan terbaru yang tak pernah terlintas di fikiran,” katanya.

 ??  ?? FERRI memeriksa anak pokok durian ASFA50. LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.
FERRI memeriksa anak pokok durian ASFA50. LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia