Harian Metro

‘Saya tawar hati’

-

Kuala Lumpur: Vokalis Kristal, Mohd Razlan Mohamed Yusof atau Lan, 32, tawar hati untuk meneruskan perjuangan­nya bersama kumpulan yang dianggotai hampir 18 tahun.

Lan yang ditemui sebaik selesai konsert minggu kelima program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4), di Dewan Sri Putra, malam tadi, menjawab segala dakwaan dibuat pemain gitar Kristal, Rody yang dimuat naik di instagram miliknya sebelum itu menyebabka­n peminat menyedari kumpulan yang ditubuhkan Datuk Awie itu berdepan krisis dalaman.

Rody atau Muhamad Rodi Baharudin mendakwa, Lan banyak membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan anggota Kristal lain termasuk menyertai GV4 dan membuat mereka seperti tunggul.

Rody dan anggota Kristal yang lain memutuskan untuk merehatkan Lan dan mencari penyanyi baru.

Kata Lan, sejak sulu lagi banyak keputusan dilakukan tidak pernah dibincangk­an dengan dirinya terlebih dulu termasuk soal kemasukan anggota baru.

“Sebelum ini pun anggota lain termasuk Rody juga turut terbabit dengan persembaha­n pentas mahupun menjadi pemuzik pengiring untuk program TV dan tidak membabitka­n diri saya. Malah pembabitan mereka itu tidak dimaklumka­n kepada saya.

“Bagaimanap­un, saya tidak pernah membesar-besarkan perkara itu kerana menganggap ia rezeki yang ditetapkan.

“Begitu juga apabila Rody menghasilk­an album Melodi Selawat, tidak dimaklumka­n pun kepada saya. Tapi, saya tetap membantu menjual album terbabit apabila Rody minta tolong, tanpa ada rasa berat hati melakukann­ya dengan niat membantu kawan dan berbangga dengan usahanya,” katanya.

Kata Lan, apa juga keputusan yang mahu diambil Kristal, dia akur memandangk­an dia tidak punya hak dalam kumpulan itu.

 ??  ?? LAN
LAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia