Harian Metro

31 mangsa dipindahka­n ke PPS

-

Seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga di Besut dipindahka­n ke satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini sehingga jam 5 petang semalam.

Pegawai Daerah Besut Wan Ismail Suhaimi Wan Omar berkata, terbaru membabitka­n sembilan mangsa daripada dua keluarga yang dipindahka­n ke Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II.

“Malam tadi seramai 22 mangsa membabitka­n enam keluarga dipindahka­n dan hari ini ditambah sembilan mangsa daripada dua keluarga menjadikan jumlah keseluruha­n dipindahka­n seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga.

“Semua mangsa dipindahka­n selepas air naik pada paras 0.2 meter di kawasan kediaman masing-masing selepas hujan lebat dan hanya berhenti seketika sejak Sabtu lalu,” katanya.

Dalam pada itu, laman web http://publicinfo­banjir.water.gov.my memaklumka­n dua sungai utama di Terengganu termasuk Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun, mencatatka­n bacaan melangkaui paras berjaga-jaga.

Sungai Nerus dilaporkan naik ke paras 20.53 meter

(m) melebihi 20m, manakala Sungai Dungun (36.36m) melebihi 36m.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel

(PA) Che Adam Abd Rahman berkata, meskipun berlaku kenaikan di dua sungai berkenaan, keadaan masih terkawal.

“APM sudah menghantar pegawai dan anggota ke lokasi berkenaan untuk memantau serta meninjau keadaan semasa secara berkala.

“Walaupun keadaan masih terkawal, kita nasihatkan penduduk ambil tindakan awal dengan menyimpan barangan berharga di kawasan selamat kerana kerana dibimbangi rumah mereka dinaiki air, terutama keadaan hujan berterusan dan lebat ketika ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia