Harian Metro

Bomba nafi buaya di Sungai Golok

-

Rantau Panjang: Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang menafikan buaya muncul di Sungai Golok selepas tersebar sekeping gambar di Facebook (FB), kelmarin.

Dakwaan itu tular selepas paras air Sungai Golok meningkat dan jam 5 petang tadi, ia melebihi paras bahaya iaitu 9.52 meter.

Dakwaan wujud buaya itu menyebabka­n penduduk berdekatan sungai bimbang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Mohd Adni Ibrahim berkata, gambar buaya itu bukan di kawasan Sungai Golok.

“Kita nafikan perkara itu, setakat ini bomba masih belum menerima maklumat mengenai kemunculan buaya dan kesahihann­ya diragui.

“Gambar itu pernah tular sebelum ini walaupun tidak sahih,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, air Sungai Golok akan melimpah jika hujan masih berterusan.

Air sungai akan melimpah sekiranya bacaan meningkat sehingga 10 meter dan hujan lebat melebihi 60 milimeter.

“Melihatkan keadaan cuaca, saya jangka paras air sungai akan terus meningkat dan penduduk yang tinggal di kawasan rendah khususnya pekan Rantau Panjang, Kampung Lancang dan Bakong dinasihatk­an berjaga-jaga.

“Air sungai naik bila-bila masa, jadi mereka dinasihatk­an berpindah ke pusat pemindahan sementara yang sudah ditetapkan dan mendengar arahan,” katanya.

Beliau meminta penduduk membuat persediaan awal dan menyimpan dokumen penting sekiranya diarahkan berpindah. buruk sekiranya cuaca tidak berubah, minggu ini.

“Data merekodkan sungai ini menunjukka­n trend menaik dan boleh cecah 10 meter malam ini (semalam) yang membawa kepada banjir di kawasan berdekatan sungai.

“Sekiranya hujan masih berlaku, kita jangkakan keadaan akan jadi lebih serius di bandar itu dan saya harap penduduk dan orang kampung membuat persediaan masing-masing kerana mereka lebih mengetahui situasi rumah apabila bencana.

“Amaran awal sudah kita keluarkan menerusi aplikasi KelGov JPS secara percuma yang disertakan semua data terkini situasi paras sungai bersama taburan hujan.

“Penduduk perlu rujuk data ini untuk buat persediaan, bukannya mendengar info tular tidak sah,” katanya ditemui pada Karnival JPS Negeri Kelantan 2017 di pekarangan Kompleks JPS Negeri di sini, semalam.

Majlis disempurna­kan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Kamal berkata, paras sungai utama lain di negeri itu juga menunjukka­n peningkata­n namun, masih dalam keadaan berjaga-jaga termasuk Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Tanah Merah.

“Yang kita bimbang kerana kemungkina­n besar keadaan hujan berterusan begini dalam tempoh lama menyukarka­n air surut. Ini baru hujan disebabkan bawaan angin dari pantai belum lagi hujan di kawasan hulu (Lojing, Gua Musang dan pedalaman Kuala Krai),” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia