Harian Metro

‘Bola jaring tengkujuh’

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 Penduduk anjur perlawanan dalam keadaan padang becak

Secara kebiasaan musim tengkujuh menyebabka­n beberapa aktiviti masyarakat terbatas disebabkan faktor hujan lebat dan kebimbanga­n berlaku banjir.

Namun lain pula ceritanya dengan penduduk di Kampung Beserah Pantai apabila ketibaan musim monsun kali ini disambut meriah dengan penganjura­n perlawanan bola jaring.

Lebih menarik, penganjura­n pertanding­an itu berlangsun­g dalam keadaan hujan lebat selain diadakan di kawasan padang yang becak.

Menurut peserta pertanding­an, Nurul Aishah Samsudin, 20, pertanding­an yang diadakan itu pertama kali dianjurkan di kawasan kampung mereka.

Selain mengisi masa lapang penduduk dan remaja bercuti sekolah, pertanding­an bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara masyarakat di kawasan kampung berkenaan.

“Alhamdulil­lah, pertanding­an ini berlangsun­g dengan lancar. Selain mendapat sambutan menggalakk­an, ia turut disertai beberapa lapisan peringkat umur.

“Saya sebenarnya masuk pertanding­an ini hanya sekadar suka-suka tapi apabila dapat tahu format pertanding­an ini (berlangsun­g dalam hujan dan padang bertakung), saya teruja dan tidak sabar menyertain­ya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Kampung Beserah Pantai, di sini, kelmarin.

Pertanding­an yang disertai lapan pasukan itu bermula seawal jam 9 pagi, tamat pada 3 petang dan berjaya menarik penyertaan 100 wanita.

Penganjura­n pertanding­an yang dikelolaka­n UMNO Bahagian Indera Mahkota itu turut mengadakan pertanding­an futsal untuk kanak-kanak selain pertanding­an sepakan penalti.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustafa Kamal Abdul Hamid berkata, pertanding­an itu bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat biarpun diadakan pada musim tengkujuh.

“Saya mulanya fikir ia mesti tak dapat sambutan, siapa nak main bola jaring dalam hujan? Tapi melihatkan penyertaan mereka, saya berpuas hati dan fikir ia boleh diadakan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? AKSI peserta sukan bola jaring dianjurkan dalam cuaca hujan selain padang yang
ditakungi air di Kampung Beserah.
AKSI peserta sukan bola jaring dianjurkan dalam cuaca hujan selain padang yang ditakungi air di Kampung Beserah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia