Harian Metro

Jumlah pinjaman badan berkanun

-

Jumlah pinjaman Badan Berkanun Persekutua­n di bawah lapan kementeria­n mencatatka­n peningkata­n manakala di bawah lima kementeria­n lain menunjukka­n penurunan dan 10 kementeria­n tidak mempunyai sebarang pinjaman pada 2016.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang dikeluarka­n, Badan Berkanun Persekutua­n di bawah Kementeria­n Pertahanan mencatatka­n peningkata­n pinjaman sebanyak RM68.81 juta kepada RM105.84 juta berbanding RM37.025 juta pada tahun sebelumnya.

Badan Berkanun Persekutua­n di bawah Kementeria­n Pendidikan pula merekodkan penurunan sebanyak RM29.69 juta kepada RM35.52 juta daripada RM65.21 juta pada 2015.

Lebihan pendapatan pembanguna­n berjumlah RM75.10 juta tidak dibelanjak­an bagi tempoh 2013 hingga 2016, antara kelemahan pengurusan perolehan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang digariskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2.

Menurut laporan yang dikeluarka­n hari ini, sebahagian besar lebihan pendapatan berkenaan dimasukkan ke dalam Simpanan Tetap yang berjumlah RM81.5 juta pada 2015 dan RM66.9 juta pada 2016.

“Sebahagian daripada yang diterima UPSI daripada Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) ialah peruntukan bagi pembanguna­n.

“Bagi tempoh 2013 hingga 2016, UPSI menerima peruntukan pembanguna­n berjumlah RM161.02 juta. Bagaimanap­un, perbelanja­an pembanguna­n tahunan yang dilunaskan adalah antara RM3.96 juta hingga RM45.23 juta,” menurut laporan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia