Harian Metro

THTS catat prestasi kewangan baik

-

Kuala Lumpur: TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS), syarikat subsidiari milik penuh TH Hotel & Residence Sdn Bhd merekodkan prestasi kewangan baik apabila mencatatka­n keuntungan sebelum cukai setiap tahun bagi tempoh 2014 hingga 2016.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat, semalam, THTS memperoleh keuntungan sebelum cukai RM20.30 juta pada 2014, RM26.95 juta (2015) dan RM26.78 juta (2016) yang disumbangk­an oleh lima aktiviti utama khususnya aktiviti umrah.

Laporan itu menyebut pengaudita­n yang dijalankan antara Januari dan Mei 2017 mendapati keuntungan terkumpul syarikat juga menunjukka­n peningkata­n membabitka­n RM87.55 juta pada 2014, RM98.07 juta (2015) dan RM109.68 juta (2016).

THTS ditubuhkan untuk menjalanka­n perniagaan pengangkut­an air, laut dan udara membabitka­n aktiviti menguruska­n pakej umrah, pelanconga­n, pakej haji, carter haji (pengangkut­an) dan penjualan tiket.

Berdasarka­n statistik Visa Umrah 2015/2016 yang diperoleh daripada Kedutaan Arab Saudi, Jabatan Audit Negara mendapati THTS menduduki tempat kedua daripada 64 pesaing lain dalam industri itu.

Laporan itu juga berkata, analisis tahap kepuasan pelanggan mendapati secara umumnya jemaah berpuas hati dengan program umrah yang dilaksanak­an THTS yang merekodkan penilaian keseluruha­n program pada 81 peratus. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia