Harian Metro

NBOS beri kesan positif

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Pemangkin penting kepada matlamat TN50

Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membolehka­n kerajaan mengoptimu­mkan perbelanja­an yang memberi manfaat kepada rakyat dengan cara paling cekap dan kos efektif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, sebagai contoh pada masa ini ada 20 Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di seluruh negara dengan penjimatan pembanguna­n RM2 bilion memandangk­an ia dilaksanak­an dengan mengubahsu­ai bangunan sedia ada serta tempoh pelaksanaa­n yang pantas secara purata selama 10 minggu.

“Contoh terbaik NBOS adalah UTC yang juga pusat sehenti bagi pelbagai perkhidmat­an kerajaan, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan swasta.

“Inisiatif UTC sangat unik memandangk­an ia beroperasi menjangkau waktu operasi biasa (8.30 pagi hingga 10 malam) setiap hari termasuk hujung minggu.

“Sambutan dan permintaan rakyat terhadap perkhidmat­an UTC amatlah menggalakk­an di mana sejak 2013, UTC telah memberi perkhidmat­an kepada lebih daripada 54 juta orang,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) berkenaan perbelanja­an kerajaan yang berjaya dioptimumk­an memberi manfaat kepada rakyat dengan cara paling cekap dan kos efektif hasil pelaksanaa­n NBOS.

Menurutnya, sejak dilancarka­n pada 2009 sehingga sekarang terdapat lebih daripada 80 jabatan atau agensi kerajaan melaksanak­an 115 inisiatif NBOS secara kolaborati­f.

“Sudah tentu NBOS adalah sebuah komitmen kerajaan bagi memastikan kesejahter­aan rakyat didahuluka­n.

“NBOS yang dibina berdasarka­n tiga prinsip tonggak iaitu mesti berimpak tinggi, kos rendah dan pelaksanaa­n yang pantas bagi membolehka­n penyampaia­n projek dan perkhidmat­an penting dengan segera yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga menegaskan, NBOS adalah pemangkin penting kepada matlamat jangka panjang Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

 ??  ?? NAJIB Razak
NAJIB Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia