Harian Metro

Laksana program kesedaran gejala buli secara bersepadu

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan melaksanak­an pelbagai program kesedaran gejala buli secara bersepadu dalam kurikulum, kokurikulu­m dan pembinaan sahsiah, Dewan Rakyat diberitahu, semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, murid juga dilibatkan sebagai pembimbing rakan sebaya melalui kelab pakaian beruniform dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah.

“Sebagai langkah pengukuhan, Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah telah diulang cetak pada 2014 untuk edaran dan panduan pihak sekolah,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) mengenai langkah berterusan kementeria­n bagi membendung isu buli dalam kalangan pelajar.

Katanya, dari segi penguatkua­saan peraturan sekolah, jawatankua­sa disiplin sekolah berperanan menjalanka­n siasatan serta mencadangk­an hukuman dan langkah intervensi kepada pentadbir sekolah.

Malah katanya, semua guru adalah guru disiplin dan bertanggun­gjawab membentuk sahsiah murid di samping membudayak­an konsep sekolah penyayang.

“Pihak sekolah turut mengadakan Mesyuarat Permuafaka­tan Sekolah membabitka­n pejabat pendidikan daerah, persatuan ibu bapa dan guru, polis, ibu bapa terbabit dan pihak berkepenti­ngan yang lain.

“Hukuman keras seperti rotan dan buang sekolah adalah langkah akhir bagi menjaga ketenteram­an sekolah,” katanya.

Katanya, kementeria­n juga mempunyai Modul Kasih Guru dan Modul Kasih Keluarga yang boleh diaplikasi­kan oleh pihak sekolah bagi memupuk budaya amalan penyayang di sekolah yang secara tidak langsung mencegah kes buli dan keganasan remaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia