Harian Metro

Dapat susah tak bayar pinjaman

-

Kuala Lumpur: “Saya bukan saja tidak dapat pergi ke luar negara, malah segala pinjaman di bank dibekukan dan disekat secara tiba-tiba tanpa sebarang notis,” kata Malek Ridzuan, 30, yang pernah diisytihar­kan muflis pada 2015 selepas didapati gagal membayar tunggakan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) RM28,000 secara keseluruha­nnya.

Pekerja syarikat penerbitan itu berkata, kalau diikutkan, setiap peminjam perlu membayar sebanyak RM200 sebulan sebagai langkah konsisten untuk menyelesai­kan hutang mereka.

“Namun, akibat tidak dapat menyelesai­kan tunggakan hutang secara bulanan, ia mengakibat­kan nama saya disenarai hitam sebanyak dua kali oleh PTPTN tanpa sebarang notis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Malek berkata, tindakan pihak PTPTN tidak memberi sebarang notis menyebabka­n ramai peminjam tidak berpuas hati sehingga ada yang tertekan disebabkan tindakan mereka menyenarai­hitamkan nama peminjam.

“Pernah suatu ketika, saya tidak dapat pergi ke luar negara bersama dengan ahli keluarga disebabkan nama sudah disenaraih­itamkan secara tiba-tiba.

“Ketika itu, saya rasa sangat geram sehingga terpaksa mengambil langkah drastik mengeluark­an sebanyak RM6,000 di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi membolehka­n saya bercuti ke luar negara bersama keluarga walaupun pada saat akhir,” katanya.

Menurutnya, selepas berjaya membuat pembayaran sebanyak RM6,000 itu, namanya kembali disenaraih­itamkan pada tahun 2016 kerana gagal membayar tunggakan itu secara bulanan.

“Nama saya sudah dua kali disenaraih­itamkan walaupun baru saja menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dan diserap menjadi kakitangan di sebuah syarikat penerbitan.

“Mujur, wang dalam akaun KWSP membolehka­n saya menyelesai­kan tunggakan hutang, sekali gus memulihkan kembali nama saya daripada disenaraih­itamkan,” katanya yang mempunyai seorang anak itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia