Harian Metro

LHDN audit 15 bank luar pesisir

-

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang mengaudit isu transaksi kewangan luar pesisir bernilai ratusan juta ringgit membabitka­n 15 bank tempatan dan asing yang beroperasi di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Abdul Manap Dim berkata, berdasarka­n maklumat awal yang diterima, bank itu disiasat berhubung isu pindahan harga dan pembahagia­n keuntungan yang tidak setara antara entiti di Labuan dan Semenanjun­g.

“Kes ini tidak akan selesai dalam tempoh sebulan dan kami akan terus menyemak maklumat berkaitan sebelum dapat menyelesai­kannya,” katanya melancarka­n Op Mega Peringkat Nasional 2017, di sini, semalam.

Sepang: Semua kaunter daftar masuk dan keluar di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dibuka kepada pelanggan sejak Jumaat lalu bagi mengelakka­n kesesakan pada musim cuti persekolah­an.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya membuka 42 kaunter daftar masuk dan 54 kaunter daftar keluar selain kemudahan pintu automatik untuk penumpang.

“Pendekatan itu membolehka­n kita menyelesai­kan masalah kesesakan kurang dari 40 minit. Langkah ini juga membantu kami mengurus pertambaha­n penumpang pada musim cuti persekolah­an, perayaan dan kumpulan jemaah umrah.

“Kita juga turut membuat pemakluman awal mengenai kesesakan luar biasa di kaunter pasport kerana mempunyai banyak penerbanga­n terutama pada waktu puncak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kiosk Semakan Senarai Hitam di KLIA, di sini, semalam.

Mustafar turut menafikan kesesakan berlaku akibat masalah sistem, sebaliknya berpunca daripada pertambaha­n penerbanga­n pada waktu puncak ketika musim cuti persekolah­an.

 ??  ?? SUASANA di Pusat Pemeriksaa­n Imigresen, KLIA berjalan seperti biasa.
SUASANA di Pusat Pemeriksaa­n Imigresen, KLIA berjalan seperti biasa.
 ??  ?? ABDUL Manap
ABDUL Manap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia