Harian Metro

Aduhai cikgu!

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Wanita diperdaya Macau Scam lebih RM500,000

Akibat terpedaya kononnya didapati bersalah melakukan penggubaha­n wang haram, seorang guru menanggung kerugian lebih setengah juta selepas ditipu sindiket Macau Scam, Jumaat lalu.

Wanita berusia 51 tahun itu mendakwa dihubungi seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis pada 16 November lalu dan menakutkan mangsa kononnya bakal berdepan hukuman penjara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek memperdaya mangsa kononnya dikesan melakukan kesalahan penggubaha­n wang haram dan bakal ditahan tidak lama lagi.

Menurutnya, suspek mengarahka­n mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam nombor akaun yang diberikan bagi mengelakka­n dia ditangkap polis.

Katanya, mangsa mempercaya­i dakwaan suspek kerana lelaki itu turut mempunyai butiran dirinya bagi membolehka­n kegiatan haram suspek itu tidak dicurigai.

“Mangsa diarahkan untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan suspek dalam beberapa transaksi sehingga Jumaat lalu.

“Semua transaksi membabitka­n jumlah kerugian RM592,630 dimasukkan ke dalam akaun rakyat tempatan dipercayai ahli sindiket atau individu yang bersubahat melakukan jenayah terancang ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, semalam.

Mustafa berkata, selepas memasukkan wang simpananny­a, mangsa baru tersedar dan curiga dengan jumlah wang yang banyak diserahkan bagi ‘menutup’ kesalahan konon dilakukann­ya.

Katanya, dia menghubung­i nombor yang digunakan suspek dan ternyata ia adalah nombor Bank Negara yang diklonkan.

“Mangsa membuat laporan polis hari yang sama bagi membolehka­n siasatan dijalankan pihak berkuasa.

Orang ramai juga boleh menghubung­i Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Pemalsuan/Komplot/Siber Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Asisten Superinten­dan Pricha Azin ditalian 019-8897640 untuk menyalurka­n maklumat atau terdapat sebarang kemusykila­n.

 ??  ?? MUSTAFA (tengah) pada sidang media di IPK Sarawak, semalam.
MUSTAFA (tengah) pada sidang media di IPK Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia