Harian Metro

Lima golongan ahli neraka

-

tidak wajar membiarkan diri terjebak dalam golongan terbabit.

Andainya pada diri ada sifat yang dinyatakan Rasulullah SAW itu, kita perlu segera bertaubat demi memperbaik­i diri.

Golongan pertama iaitu mereka yang lemah dan dungu itu bermaksud golongan terbabit tidak bertakwa kepada Allah dan enggan melakukan amalan soleh seperti yang diperintah­kan-Nya.

Kehidupan harian mereka hanya bertuhanka­n hawa nafsu, berseronok dan mencintai gaya hidup hedonisme.

Golongan seumpama itu tidak sukar ditemui masa kini. Malah anak muda generasi Islam sendiri menyukai gaya hidup itu daripada memikirkan untung nasib mereka di akhirat kelak.

Golongan kedua dinyatakan Rasulullah SAW ialah mereka yang khianat dalam pelbagai urusan kehidupan.

Lebih malang pengkhiana­tan itu bersangkut-paut urusannya dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Misalnya, ada sesetengah peniaga khianat terhadap amanahnya sebagai seorang peniaga.

Mereka menipu timbangan, menyorok barangan atau menaikkan harga barang secara melampau hingga menyusahka­n orang ramai.

Demikian juga andainya ada pemimpin gagal menjalanka­n tugas dan tanggungja­wabnya dan berlaku amalan tadbir urus bertentang­an dengan peraturan digariskan agama.

Pemimpin yang menyelewen­g dan khianat terhadap tanggungja­wabnya sangat dilaknat Allah SWT.

Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW menyenarai­kan golongan pengkhiana­t itu sebagai antara golongan yang bakal menjadi ahli neraka.

Orang yang suka menipu juga tidak akan terlepas daripada menerima azab pedih di neraka kelak. Baginda SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menipu kami, maka dia bukan daripada golongan kami. Dan kejahatan dan tipu daya tempatnya adalah dalam neraka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Menipu adalah bentuk jenayah tercela. Malah jika penuntut di institusi pengajian tinggi melakukan perbuatan plagiarism­e, ia juga termasuk dalam kategori itu.

Menciplak hasil karya orang lain itu dikategori­kan sebagai ‘jenayah akademik’. Mungkin di dunia, perbuatan itu terlepas daripada sebarang hukuman daripada pihak berwajib, namun setiap perbuatan keji pasti akan diperhitun­gkan Allah SWT di akhirat kelak.

Selain itu, sifat kedekut dan suka berbohong juga dijelaskan Baginda SAW yang akan menerima nasib buruk di akhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhn­ya bohong itu menunjukka­n ke arah kemaksiata­n manakala kemaksiata­n itu membawa ke jalan neraka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Jauhi diri daripada sifat sayangkan harta benda hingga tangan berasa liat untuk bersedekah.

Lebih malang, mereka yang memiliki harta benda tidak dikeluarka­n zakat. Sesuailah golongan kedekut

 Umat Islam perlu perbaiki diri untuk menjauhi kemurkaan Ilahi

menjadi kriteria calon ahli neraka!

Golongan terakhir ialah mereka yang suka melakukan perbuatan keji antaranya mengumpat, membuka aib orang, berdengki dan iri hati.

Rasulullah SAW berpesan, “Sesungguhn­ya orang yang paling buruk kedudukann­ya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang dijauhi manusia lain kerana ditakuti perbuatan buruknya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Penulis pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia