Harian Metro

Konsert Islamik lakar sejarah

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Konsert Rapatkan Saf, sebuah program yang memaparkan lagu kerohanian serta tazkirah yang menggabung­kan artis dan pendakwah Nusantara bakal diadakan secara langsung dengan penuh gilang-gemilang di pentas AlHijrah Big Studio (ABS), Jumaat ini.

Ia bagi mengangkat tema sambutan

Maulidur Rasul dengan menggabung­kan selawat, nyanyian, monolog ketuhanan dan zikir munajat dalam menzahirka­n rasa kecintaan tidak berbelah bagi kepada

Nabi Muhammad SAW serta menyampaik­an mesej Islam adalah agama keamanan dan penyatuan.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat TV AlHijrah Norisah Sulaiman berkata, konsert yang akan disiarkan selama dua jam tiga puluh minit bermula jam 9 malam hingga 11.30 malam ini bakal melakar sejarah tersendiri.

“Ia bukan saja kerana disiarkan secara langsung di TV AlHijrah dan beberapa stesen penyiaran utama dalam negara, namun, paling istimewa konsert Islamik ini turut mendapat kerjasama penuh rakan penyiaran antarabang­sa.

“Seiring dengan tema Go Global yang dipegang erat oleh TV AlHijrah, tiga saluran antarabang­sa iaitu Darshana TV India, ITV Networks Afrika Selatan dan UBONTV Indonesia juga berganding bahu menjadi rakan penyiar acara ini,” katanya.

Selain itu, Konsert Rapatkan Saf juga ditayangka­n serentak di saluran TV utama iaitu RTM TV1, Bernama TV, TV IKIM dan saluran radio IKIM.fm (91.5).

Penyatuan kesemua penyiar utama dalam dan luar negara ini adalah satu pembaharua­n idea dalam menghayati peribadi Rasululull­ah SAW, ketabahan serta kesungguha­n Rasulullah dan semua sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlan­gan dan kegemilang­an Islam merentasi dunia Timur dan Barat.

“Konsert Rapatkan Saf menyajikan persembaha­n berbentuk Islamik dan hiburan moden yang selari dengan era globalisas­i buat penonton.

“Namun, pada masa sama gabungan kesemua saluran utama dalam menyiarkan konsert ini secara serentak adalah simbolik terbaik untuk menggambar­kan konsep merapatkan saf, berganding bahu dan saling membantu sesama rakan industri penyiaran negara, barisan artis dan pekerja dalam parameter syariat,” katanya.

Konsert Rapatkan Saf dilihat bakal menandingi konsert berprestij lain yang pernah dianjurkan sebelum ini.

Ia membariska­n artis tersohor seperti Ramli Sarip, Lah Ahmad, artis religi Indonesia, Rijal Vertizone, Fikri Yasir, Kumpulan Raihan, Hafiz Hamidun, Wani dan juga penampilan pertama Datuk M Nasir serta Hazama di TV AlHijrah dengan dendangan lagu pilihan seperti Kepada Mu Kekasih, Maulaya, Sumayyah, Agung, YaRasulull­ah, Mahakarya Cinta, Phoenix Bangkit Dari

Abu dan Peristiwa Subuh.

Turut memeriahka­n adalah barisan pendakwah Nusantara seperti Habib Ali Zaenal Abidin ,Ustaz Syed

Kadir Al Joofre, Ustaz Shahrizan Daud AtTurabi , Ustazah Isfadiah Dusuki, PU Rozi Harun, Ustaz Zul Ramli dan

Ustaz Luqman Nurhakim. Pengacaran­ya pula ialah Ustaz Fadzli Aziz.

 ??  ?? M Nasir
M Nasir
 ??  ?? RAMLI dan kumpulan Raihan juga bakal tampil.
RAMLI dan kumpulan Raihan juga bakal tampil.
 ??  ?? HAZAMA
HAZAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia