Harian Metro

Anas tidak menghilang

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kini mula berkecimpu­ng dalam bidang penyampaia­n radio

Meskipun kelibatnya di media sudah semakin jarang, pelakon Anas Ridzuan menafikan dia menghilang daripada industri hiburan tanah air.

Pelakon berusia 28 tahun yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Mentor itu bahkan semakin stabil dalam kerjaya seni.

Bukan sekadar berlakon, kini dia mula berkecimpu­ng dalam bidang penyampaia­n radio dan menyertai stesen IM4U sejak beberapa bulan lalu.

“Saya mengendali­kan segmen Bangkit Squad dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari bersama Amrita dan Tyler. Ia pengalaman baru namun cukup seronok sebenarnya.

“Pertama disebabkan kini saya ada kerja tetap dan mengikat kontrak dengan stesen itu selama setahun. Kedua, saya tidak membazirka­n kebolehan diri yang suka bercakap,” katanya.

Bagaimanap­un, dia mengakui memang dirinya sudah jarang mendapat liputan di akhbar. Namun tidak bermakna dia sudah tiada tawaran sebaliknya rezeki Anas tidak pernah putus dalam bidang seni.

“Saya masih terbabit dalam industri seni. Tidak menghilang pun tetapi memang saya jarang muncul di media massa sekarang.

“Tapi tawaran memang sentiasa ada dan banyak juga drama lakonan yang kini ditayangka­n di kaca televisyen sekarang. Awal tahun depan saya akan muncul dalam filem berjudul Busker,” katanya.

Bercerita mengenai lakonan, bagi Anas, dia lebih suka menganggap ia sebagai kerjaya tetap dan bukan berpaksika­n mahu popular atau menjadi artis.

“Daripada mengejar populariti, saya lebih suka menjadikan bidang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia