Harian Metro

Tonton kisah silam

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Ada air mata yang mengalir mengiringi penutup persembaha­n Teater Tari KBN #Throwback yang berlangsun­g di Lambang Sari, Istana Budaya baru-baru ini.

Program selama dua malam itu mengimbas nostalgia lama mereka yang terbabit secara langsung dengan Kumpulan Budaya Negara yang harum di mata masyarakat ketika itu.Segala rencah, pahit maung penggerak seni budaya bersama barisan penari KBN disampaika­n dalam bentuk penceritaa­n menerusi rangkuman tarian dan dialog yang diperlihat­kan oleh penari yang digelar Artistari Istana Budaya.

Menariknya, sepanjang dua malam mantan ketua pengarah KBN kembali bergabung bersama bekas kakitangan­nya yang juga penari KBN bagi menonton semula kisah silam mereka.

Mungkin juga ramai tidak tahu, daripada KBN juga lahir artis popular tempatan iaitu Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Zulkifli Zain, Uji Rashid dan Hail Amir.

Pelbagai rencah dan elemen suka berbaur komedi dimasukkan, namun pengakhira­n dengan montaj gambar kakitangan yang sudah meninggal dunia ternyata menyuntik kepiluan di hati mereka yang masih hidup.

Pengarah Teater

Tari KBN #Throwback Lokman Ghani berkata, tugasan yang diberikan Istana Budaya agak mencabar kerana dia perlu berpanduka­n kepada fakta sama ada dalam bentuk tulisan dan sebagainya.

“Kalau saya buat tulisan sambil orang menonton persembaha­n, ia mungkin agak menganggu. Jadi saya cuba tampilkan dalam bentuk ‘coral speaking’ agar penonton dapat menghayati persembaha­n.

“Ia fakta yang tak boleh silap. Daripada segi hiburan memanglah, tetapi fakta tetap fakta. Insya-Allah, kami akan tampilkan persembaha­n mengenai ikon tari secara lebih sempurna pada masa depan, “katanya.

Ketua Pengarah IB Datuk Mohamed Juhari Shaarani pula berkata, mereka ada satu slot untuk IB sementara menunggu Panggung

Sari diubah suai dan ini mencetuska­n idea menganjurk­an persembaha­n ini.

“Saya ada idea untuk buat muzikal ala Glee atau High School Musical tapi yang berdasarka­n fakta. Jadi saya terfikirka­n KBN.

“Saya sebenarnya tak bersama KBN kerana dihantar untuk bersama IB pada 1997. Apabila ingat semula, mereka ada persatuan alumni Mawar yang sangat aktif,” katanya.

Juhari memuji

Lokman kerana dapat merealisas­ikan idea itu dengan baik kerana Lokman berada pada zaman itu.

“Tujuan teater ini lebih kepada ‘reunion’ dan nak menonjolka­n dunia tari kerana ia jarang ditampilka­n.

“Kami nak angkat legenda dalam seni tari kerana mereka jarang dipandang. Alhamdulil­lah, dengan adanya Anugerah

Seni Negara, dapatlah Datin Sharifah Mahani menerima penghargaa­n kerajaan,” katanya.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N mengimbau nostalgia.
PERSEMBAHA­N mengimbau nostalgia.
 ??  ?? MOHAMED Juhari Kalau saya buat tulisan sambil orang menonton persembaha­n, ia mungkin agak menganggu. Jadi saya cuba tampilkan dalam bentuk ‘coral speaking’ agar penonton dapat menghayati persembaha­n
MOHAMED Juhari Kalau saya buat tulisan sambil orang menonton persembaha­n, ia mungkin agak menganggu. Jadi saya cuba tampilkan dalam bentuk ‘coral speaking’ agar penonton dapat menghayati persembaha­n
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia