Harian Metro

Di permukaan Sungai Nil

-

utama ekspedisi itu mencipta rekod sebagai kumpulan rakyat Malaysia pertama berakit di Sungai Nil yang mempunyai keunikan tersendiri.

“Kami menjalanka­n latihan selama empat bulan dengan pengisian pelbagai aktiviti termasuk memantapka­n stamina dengan mendaki Bukit Broga sambil membawa beban kayak seberat sekitar 50 kilogram (kg) bersama beg galas 35kg.

“Sudah pasti latihan berkayak kerap diadakan dengan memilih Tasik Putrajaya sebagai lokasi kerana di sini terdapat beberapa cabaran air yang sesuai untuk latihan pengendali­an ekspedisi kayak,” katanya.

Sepanjang melengkapk­an ekspedisi, pasukan itu turut melalui empat kawasan persinggah­an lain iaitu Kom Ombo, Nagaa Hassanein, As Sibaiyyah dan Armont.

Dalam tempoh ekspedisi, peserta hanya berada di permukaan Sungai Nil sepanjang masa termasuk untuk bermalam.

Haniff berkata, antara cabaran paling getir dihadapi kumpulan ekspedisin­ya adalah pertukaran cuaca yang begitu pantas dari semasa ke semasa, selain berdepan dengan pusaran air di Aswan.

Katanya, keadaan cuaca sepanjang berkayak ketika siang antara 25 hingga 18 darjah Celsius. Ia boleh menurun hingga ke paras 13 darjah Celsius selepas jam 6 petang atau menghampir­i waktu Maghrib.

“Memandangk­an keadaan cuaca yang sentiasa berubah dalam tempoh antara lapan hingga sembilan jam mendayung setiap hari, ia cukup memberi tekanan mental dan fizikal kepada peserta. Malah situasi darah keluar dari hidung sudah menjadi perkara biasa.

“Ketika melalui satu kawasan berhampira­n Aswan, ada antara peserta hampir terjatuh ke dalam sungai kerana terdapat pusaran air yang menyebabka­n arus deras dan bergelomba­ng,” katanya.

Selain itu, solat, berehat dan menikmati makan tengah hari juga dilakukan hanya di atas kayak kerana mereka perlu menamatkan

 ??  ?? SETIAUSAHA Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles (berbaju biru) dan wakil Malaysia Book of Records (kiri) bersama peserta Ekspedisi Kayak Merentas Sungai Nil 2017 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).
SETIAUSAHA Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles (berbaju biru) dan wakil Malaysia Book of Records (kiri) bersama peserta Ekspedisi Kayak Merentas Sungai Nil 2017 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia