Harian Metro

Rebut hadiah RM30,000

-

Kampung Sungai Melayu.

Acara itu dianjurkan Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPJBT) bersama beberapa entiti lain dan disertai kira-kira

150 peserta. Masing-masing mahu merebut hadiah keseluruha­n bernilai RM30,000.

Terdapat beberapa kategori yang dipertandi­ngkan iaitu pelajar lelaki, pelajar campuran, terbuka lelaki, terbuka campuran, antarabang­sa campuran dan agensi pelanconga­n.

Secara majoritiny­a, acara disertai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di serata Johor itu turut menarik minat pelajar dari negeri lain termasuk Perak dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, IPKC 2017 bertujuan mempromosi­kan pelanconga­n sukan di Puteri Harbour dan pelanconga­n eko di Kampung Sungai Melayu .

Beliau berkata, prasarana moden, strategik dan menarik di Puteri Harbour mampu menjadikan kayak sebagai satu sukan yang berpotensi untuk diketengah­kan, dipromosik­an serta dianjurkan setiap tahun hingga ke peringkat antarabang­sa.

“Lokasinya yang berdekatan dengan segi tiga emas iaitu Johor, Singapura dan Indonesia memberi kelebihan buat Puteri Harbour. Acara yang diadakan di Selat Johor atau lebih dikenali sebagai Selat Tebrau dan Tanjung Puteri ini sangat nostalgia dengan sejarahnya, lagu yang mendendang­kan namanya, kampung dan alam semula jadinya yang masih ada.

“Pembanguna­n yang berjalan diseimbang­kan dan diolah menjadikan produk pelanconga­n untuk menggamit pelancong sama seperti Pelanconga­n Sungai Nil di Mesir,” katanya.

Dikaitkan dengan faktor sejarah Melayu lama antara Johor, Riau dan Lingga, semua elemen ini menjadikan Iskandar Puteri dan Selat Johor sebagai produk pelanconga­n warisan.

Ia sekali gus menonjolka­n keunikan serta nilai yang tersendiri. Aktiviti sukan air di Johor bukan sekadar sukan tetapi mampu menawarkan pengalaman inklusif berkenaan negeri itu atau sering disebut-sebut orang sebagai ‘The Johor Story.’

Zulkurnain berkata, memandangk­an aktiviti sukan air seperti kayak mampu mempromosi­kan produk pelanconga­n Johor di peringkat antarabang­sa, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa lokasi lain yang sesuai untuk diangkat menjadi destinasi pelanconga­n sukan sama di negeri berkenaan. Selain Puteri Harbour, beliau turut yakin dengan potensi di Desaru, Mersing dan Batu Pahat.

Katanya, lokasi berkenaan akan dicadangka­n kepada Kerajaan Negeri Johor sebelum dibawa kepada Kementeria­n Belia dan

Sukan (KBS) untuk menjadikan­nya sebagai lokasi kejohanan sukan air di peringkat nasional.

-Hafiz Ithnin

Aktiviti sukan kayak perlu banyak dianjurkan untuk mempromosi­kannya dan menarik minat orang ramai menyertain­ya Sukan kayak di Malaysia perlu dimajukan terutama diperbanya­kkan lokasi dan menjemput jurulatih asing berkongsi pengalaman kepada atlet muda

 ??  ?? WAJAH serius peserta ketika hampir sampai ke kawasan penamat.
WAJAH serius peserta ketika hampir sampai ke kawasan penamat.
 ??  ?? ZULKURNAIN (dua dari kiri) bersama peserta semasa majlis pelepasan IPKC 2017.
ZULKURNAIN (dua dari kiri) bersama peserta semasa majlis pelepasan IPKC 2017.
 ??  ?? PERSAINGAN sengit antara peserta IPKC
2017
PERSAINGAN sengit antara peserta IPKC 2017
 ??  ?? PEMENANG Cabaran Kayak Iskandar Puteri (IPKC 2017) , Muhammad Adam Mohd
Nazri.
PEMENANG Cabaran Kayak Iskandar Puteri (IPKC 2017) , Muhammad Adam Mohd Nazri.
 ??  ?? PEMENANG Cabaran Kayak Iskandar Puteri (IPKC 2017), Nur Saliha Md Salleh.
PEMENANG Cabaran Kayak Iskandar Puteri (IPKC 2017), Nur Saliha Md Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia