Harian Metro

Promosi menarik sambutan 25 tahun

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Taman Tema Sunway turut adakan pertunjuka­n teater dengan letusan gunung berapi

Taman Tema Sunway Lagoon yang sentiasa menjadi pilihan ramai pelancong dalam dan luar negara ini mengadakan sambutan ‘25 Wonder Years’ dengan menawarkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung­nya.

Antara acara yang dirancangn­ya termasuk bekerjasam­a dengan pelbagai artis tempatan antaranya Caprice (Ariz Ramli), Mimi Fly dan Kaka Azraff untuk mencipta lagu berkenaan pencapaian Sunway Lagoon bertajuk ‘Experience It.’

Pengurus Besar Kanan Taman Tema Sunway, Calvin Ho berkata lagu dan video klip yang dipertonto­nkan buat kali pertama pada sambutan 25 Tahun itu dengan memperliha­tkan pelbagai tarikan Sunway Lagoon yang dikecapi sekali gus meletakkan Malaysia di peta dunia.

Beliau berkata, selain itu pihaknya juga bakal mengadakan pertunjuka­n teater ‘The Tale of Mount Berapi’ dengan letusan gunung berapi di tengah taman tema berkenaan bagi memeriahka­n sambutan ulang tahun itu.

“Sempena sambutan

‘25 Wonder Years’ Sunway Lagoon dan cuti akhir tahun, Taman Tema Terbaik Asia ini menawarkan promosi menarik dengan penjimatan untuk pengunjung dalam serta luar negara.

“Bermula sekarang hingga 31 Disember ini, pengunjung dijemput untuk meraikan bersama Sunway Lagoon dengan tawaran RM25 untuk dua hari ‘Fun Pass’, katanya.

Hingga 31 Disember ini, orang ramai yang membeli pakej FAMFun atau 4 To Go boleh menikmati baucer F&B bernilai RM25.

Menariknya, hingga 31 Disember juga, pengunjung boleh mengumpul lima lencana Edisi Terhad ‘25 Wonder Years’ dari Isnin hingga Jumaat apabila membeli tiket dewasa.

Pada masa sama, orang ramai turut dijemput berkongsi kenangan terbaik mereka di Sunway Lagoon menerusi foto dan berpeluang memenangi hadiah menarik.

Pengunjung juga boleh menghantar cerita Instagram menggunaka­n tanda pagar #SL25Years dan #Experience­It.

Anda juga boleh memuat turun lagi dan video muzik Sunway lagoon bertajuk ‘Experience It’ yang dinyanyika­n artis tempatan Caprice, Mimi Fly dan Kaka Azraff melalui Spotify, KK Box, Joox, Yonder dan Deezer.

Acara: RFC Rainforest Challenge 2017

Tarikh: 25 November 2017 5 Disember 2017

Lokasi: Pahang

Penganjur: RFC Internatio­nal Sdn Bhd

Acara: Penang Island Jazz Festival

Tarikh: 30 November 2017 - 3 Disember 2017

Penganjur: The Capricorn Connection

Lokasi Bayview Beach Resort, Pulau Pinang

 ??  ?? SUNWAY Lagoon
rai ulang tahun ke-25.
SUNWAY Lagoon rai ulang tahun ke-25.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia