Harian Metro

4 tarikan pengembara solo si bujang

-

Kumpulan Expedia menerusi Hotels.com yang menjalanka­n tinjauan pengembara­an rakyat Malaysia mendapati semakin ramai golongan bujang berminat mengembara secara solo ke pelbagai destinasi kota di seluruh dunia terutama di Hong Kong dan Tokyo.

Menerusi tinjauan berkenaan, terdapat empat daya tarikan yang mendorong golongan bujang suka meneroka destinasi kota secara solo merangkumi aktiviti menjamu selera, bersuka ria di taman tema atau pusat hiburan dan bersiar-siar untuk mencari keunikan baru di sesuatu kawasan.

Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara dan India, Hotels.com Jessica Chuang berkata, pengembara bujang Malaysia gemar melancong untuk menjamu selera yang Hong Kong terkenal di seluruh dunia dengan makanan penjaja dan restoran dim sum halal, popular dalam kalangan peminat makanan di Malaysia.

Beliau berkata, Tokyo pula mempunyai bilangan bintang Michelin paling banyak di dunia menjadi destinasi pilihan ramai pengunjung Malaysia yang gemarkan makanan Jepun. Pasar ikan Tsukiji, yang mengendali­kan lebih 2,000 tan makanan laut setiap hari, menjadi destinasi menarik bagi pelancong solo yang mahu menikmati sushi dan sashimi segar.

“Terletak di sebelah Asakusa Sushi-Ken, restoran sushi halal yang pertama di Tokyo, Richmond Hotel Premier Asakusa kerap dikunjung kaki makan dari Malaysia yang mencari tempat selesa di tengahteng­ah pusat menjamu selera yang popular di Tokyo.

“Bagi daya tarikan hiburan, Singapura, destinasi paling popular bagi pengembara solo Malaysia tahun ini, menawarkan pengalaman beli-belah di Orchard Road, makanan gourmet yang lazat di

Marina Bay Sands dan daya tarikan menyeronok­kan di Universal Studios Singapore (USS),” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Jessica berkata, bagi sesetengah pelancong bujang, bersiar-siar tanpa hala tuju khusus di bandar raya asing memberi peluang kepada mereka untuk menyelami diri sendiri dan menemui sesuatu yang tidak diduga.

Katanya, Bangkok ialah destinasi luar negara kedua paling popular bagi anak bujang Malaysia tahun ini. Perkhidmat­an Skytrain dan MRT yang luas memudahkan pelancong untuk bersiarsia­r.

“Bandar raya ini juga terkenal dengan pelbagai tarikan budaya, dari Grand Palace ke Pasar Chatuchak, yang menjadi antara pasar terbesar di dunia. Pelancong yang ingin beramah mesra dengan pengembara solo seangkatan dari seluruh dunia boleh menginap di hostel seperti Boxpackers Hostel yang terletak di tengah-tengah ibu kota.

“Pelancong bujang Malaysia gemar melawat bandar raya besar yang terkenal dengan daya tarikan dan keceriaan kota seperti Singapura, Bangkok serta Tokyo dan Hotels.com teruja menyediaka­n tempat penginapan yang sesuai mengikut pilihan serta cita rasa peribadi mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia