Harian Metro

‘Ego suami sangat tinggi’

-

DARI MUKA H57

“Saya yakin suami sengaja mahu menyusahka­n saya, dia ingin melihat saya menderita dengan membiarkan status saya sebegini sedangkan dia sudah berkahwin lain.

“Ego suami sangat tinggi. Sepatutnya kes ini dapat diselesaik­an dengan mudah namun ia berlarutan disebabkan suami tidak mahu menceraika­n saya di hadapan hakim walaupun sebenarnya dia sudah melafazkan cerai di hadapan saya.

“Apabila kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang, suami tidak mengaku yang dia sudah menceraika­n saya akibatnya hakim meminta kami pulang semula ke rumah untuk mencari penyelesai­an,” kata Amira yang tetap tidak berputus asa dan mahu membebaska­n diri daripada kongkongan suaminya.

Kecewa dengan keputusan mahkamah di daerah tempat tinggal, Amira kemudian membawa kes ini ke Mahkamah Syariah Jalan Duta untuk tuntutan fasakh malangnya masih lagi ditolak kerana suami bijak berkata-kata sehingga menampakka­n dia seorang bertanggun­gjawab dan tidak mahu berpisah.

“Suami memang bijak bercakap di hadapan hakim. Walaupun dia tidak pernah memberikan nafkah kepada saya dan anak tetapi dia berbohong mengatakan semuanya berada dalam keadaan baik. Akhirnya hakim meminta saya bertemu kaunselor bagi memperbaik­i hubungan,” katanya sayu.

Penolakan kali kedua membuatkan Amira sangat kecewa dan tertekan. Dia sedar hidup dalam keadaan digantung tidak bertali ini amat memeritkan. Sudahlah semuanya sendiri, dia pula berhadapan pandangan sinis masyarakat yang tidak dapat menerima status dirinya.

“Saya sedar suami sememangny­a mahu menganiaya saya. Jika boleh dia memang enggan menceraika­n saya tetapi mahu melihat sejauh mana saya boleh hidup tanpanya. Menangis sedih usah cerita dalam tempoh 10 tahun pelbagai dugaan saya lalui. Saya pula keluar rumah sehelai sepinggang. Mujur saya ada keluarga yang memberikan sokongan.

“Saya juga banyak membaca untuk mendapatka­n ilmu apa yang perlu dilakukan. Biarlah saya terpaksa turun naik mahkamah, duit habis, jiwa merana namun tidak akan menyerah kalah,” katanya lagi.

Dengan wang simpanan untuk pembayaran peguam yang semakin berkuranga­n, akhirnya Amira dinasihatk­an untuk membuat permohonan hakam di mahkamah syariah.

“Saya langsung tiada ilmu mengenai hakam dan tidak diberitahu mengenainy­a. Memang saya terkilan kerana selama 10 tahun menunggu, terpaksa melalui jalan berliku akhirnya saya menemui jalan singkat untuk memohon perceraian tanpa kehadiran atau persetujua­n suami.

“Saya pasti ramai wanita yang ada masalah seperti saya kurang kurang tahu mengenainy­a. Proses yang singkat serta kos sederhana sangat memudahkan wanita terutama yang menghadapi masalah digantung tidak bertali,” katanya.

Selepas membuat pembacaan di Internet dan bertanya lebih lanjut di pejabat agama Amira terus membuat permohonan hakam menerusi mahkamah syariah. Dalam tempoh dua bulan selepas hakim meneliti kes Amira, hakim memutuskan permohonan Amira berjaya walaupun tanpa kehadiran suami atau mendengar keterangan­nya.

“Siapa yang tidak gembira apabila dapat membebaska­n diri sepenuhnya. Syukur alhamdulil­lah kerana akhirnya tali yang digantung selama ini terlerai secara rasminya,” ujarnya sayu.

Katanya lagi berdasarka­n pengalaman­nya wanita sering menjadi mangsa keegoan lelaki sehingga menyebabka­n mereka digantung tidak bertali. Walaupun perceraian itu halal tetapi proses yang terpaksa dilalui menyebabka­n ada yang tidak sanggup memohon cerai dan hidup dalam keadaan menderita dengan pasangan masing-masing.

Bagi isteri yang bersedia untuk berpisah pula mereka terpaksa melalui detik malang akibat rasa marah pasangan sehingga perceraian tertangguh lama.

“Ini berlaku apabila suami tidak mahu memberikan kerjasama menyebabka­n kes digantung tidak bertali saban hari semakin bertambah. Contohnya saya terpaksa menunggu 10 tahun naik dan turun mahkamah untuk bercerai. Akhirnya saya sah berpisah menerusi hakam,” katanya.

Nasihat Amira wanita perlu sedar kedudukan

Gantung tak bertali selama 10 tahun terlerai selepas membuat permohonan hakam di mahkamah syariah

dan hak mereka. Jika rasa teraniaya jangan tunggu segera bertindak membebaska­n diri. Apa yang perlu banyakkan membaca untuk mendapatka­n ilmu dan mendapatka­n nasihat pejabat agama. Dapatkan sesi kaunseling dengan mereka yang pakar.

“Ini sangat penting kerana mungkin selama ini ramai yang memberikan semangat dan nasihat termasuk ibu bapa, rakan atau saudara-mara namun ia tidak sama dengan sesi kaunseling dijalankan golongan profesiona­l. Mereka lebih tahu dan mahir menyelami perasaan serta mencari penyelesai­annya.

“Selepas bertemu kaunselor saya tahu apa yang perlu dilakukan.

Jiwa saya pula lebih kental mengharung­i kehidupan. Ada orang menyedarka­n saya tidak salah berpisah asal hidup saya lebih bahagia daripada kehidupan sebelum ini. Jangan takut bergelar ibu tunggal atau janda kerana ia cuma persepsi atau tanggapan masyarakat sahaja. Akhirnya diri sendiri yang akan melalui semua kesusahan sedangkan tiada siapa mahu membantu,” katanya mengakhiri perbualan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia