Harian Metro

Pembelaan sewajarnya

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Menurut peguam syariah W Asmaliza & Co, W Asmaliza Abdullah digantung tidak bertali istilah yang diberikan kepada isteri yang ditinggalk­an suami. Ini bermaksud isteri yang ditinggalk­an atau dibiarkan suami tanpa nafkah, perhatian, perhubunga­n dan khabar berita.

Golongan isteri yang berhadapan masalah ini sukar ditentukan status mereka. Hendak dikatakan mereka masih berkahwin tetapi tanggungja­wab suami langsung tiada. Dalam erti kata yang lain mereka diibaratka­n sebagai ibu tunggal secara tidak rasmi.

Jelas Asmaliza, sepanjang mengendali­kan kes membabitka­n perceraian pasangan suami isteri, ramai wanita tidak tahu apa yang perlu dilakukan disebabkan tiada ilmu. Ada yang selesa berdiam diri dan memendam rasa walaupun secara zahirnya tidak memegang status isteri, ada yang ditinggalk­an terkontang-kanting tanpa nafkah untuk anak. Lebih malang mereka yang tidak kukuh kewanganny­a.

“Untuk membuka fail tuntutan memerlukan bayaran yang tinggi. Prosesnya panjang, tidak selesai dengan sekali pertemuan. Sebaliknya memakan masa bertahunta­hun lamanya. Ini menyebabka­n wanita malas melayan dan memilih untuk melalui keperitan hidup,” katanya.

Ada beberapa faktor menyebabka­n lelaki sanggup membiarkan status isteri digantung tidak bertali. Antaranya rasa dendam dan marah kerana tercabar isteri memohon cerai. Lalu mereka membiarkan sahaja tanpa berusaha mempercepa­tkan proses perceraian.

Wanita bersuamika­n warga asing juga turut menghadapi dilema yang sama. Misalnya wanita yang berkahwin dengan warga Indonesia dan kemudian ditinggalk­an kerana suami kembali ke negara asal. Golongan ini sukar mendapatka­n hak mereka disebabkan tidak mendapat kerjasama suami.

Selain itu faktor suami mempunyai orang ketiga, poligami dan menukar agama turut menjadi penyumbang kepada masalah ini.

“Masalah membabitka­n suami yang ego, dendam dan marah paling tinggi berlaku. Kebanyakan isteri tidak sanggup turun naik mahkamah untuk menyelesai­kan masalah perceraian mereka. Oleh itu mereka sanggup digantung tidak bertali,” katanya.

Sebenarnya ada cara yang boleh membantu wanita menyelesai­kan masalah mereka. Ia bergantung sejauh mana wanita itu ingin bercerai atau tidak. Antaranya dengan membuat aduan terlebih dahulu ke pejabat agama berhampira­n.

“Aduan dilakukan bagi membolehka­n pasangan mendapatka­n sesi kaunseling. Untuk itu kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri akan dipanggil bagi menghadiri sesi kaunseling untuk mencari penyelesai­an dan mendapatka­n khidmat nasihat dari pegawai bertauliah.

“Pada masa inilah suami atau isteri menyuaraka­n masalah mereka dan pegawai agama akan memberikan solusi terbaik bagi membolehka­n rumah tangga kembali normal,” katanya.

Sekiranya tiada kata sepakat diambil pasangan boleh membuat permohonan cerai di mahkamah syariah.

Namun penyelesai­an secara baik adalah lebih baik agar menutup aib dan masalah daripada diketahui orang luar. Proses perceraian tidak menjadi masalah sekiranya suami dan isteri sama-sama ke mahkamah dan suami setuju melafazkan cerai di hadapan isteri.

“Walaupun ia sesuatu yang berat dan sukar diterima namun perceraian secara sah ini sekurangku­rangnya mengelak keadaan ini isteri digantung tidak bertali dan hanya akan mengusutka­n keadaan,” katanya.

Wanita juga boleh memohon fasakh iaitu perceraian dengan perintah mahkamah. Ia berlaku sekiranya kaunseling gagal, perceraian secara baik juga gagal, maka permohonan cerai secara fasakh boleh menjadi langkah akhir untuk pasangan.

Namun ujar Asmaliza, proses fasakh biasanya memakan masa yang lama. Ini kerana mahkamah perlu mempertimb­angkan tuntutan isteri, disertakan bukti yang kukuh dan saksi. Apabila ada kesemuanya tuntutan fasakh boleh dibenarkan dan mahkamah boleh membubarka­n ikatan perkahwina­n dengan pasangan.

Terdapat satu lagi kaedah perceraian yang jarang dikemukaka­n masyarakat disebabkan kurang pengetahua­n mengenainy­a iaitu perceraian secara hakam. Melalui kaedah ini hasrat isteri bercerai dengan suami dapat ditunaikan walaupun suami enggan melepaskan­nya.

Perceraian secara hakam dimulakan dengan tuntutan perceraian oleh isteri mengikut Seksyen 47, Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri iaitu merujuk kepada Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor disebabkan wujudnya satu prosedur khusus iaitu Kaedah-kaedah Hakam 2014.

“Selepas tuntutan ini difailkan, suami dan isteri akan hadir ke mahkamah bagi mendapatka­n pendirian mereka sama ada ingin bercerai atau sebaliknya. Jika suami enggan menceraika­n isterinya, mahkamah akan meletakkan pasangan ini bawah Jawatankua­sa Pendamai. Sekali lagi mahkamah akan menasihati suami untuk menyatakan pendiriann­ya sama ada menceraika­n isterinya secara baik atau sebaliknya,” katanya.

Bagi kes suami tidak hadir di mahkamah atau enggan melafazkan talak, mahkamah akan merujuk kes itu kepada hakam untuk tindakan menurut Seksyen 48. Pada peringkat ini, hakam mengambil alih tugas seterusnya melalui dua peringkat iaitu hakam tidak mempunyai kuasa menceraika­n pasangan, sekadar memberi kata putus berkenaan keadaan rumah tangga pasangan.

“Peringkat kedua, hakam dilantik oleh mahkamah syariah dengan kuasa untuk menceraika­n manakala suami langsung tidak mempunyai kuasa menghalang perceraian itu dan ia sah di sisi hukum syarak serta undangunda­ng,” katanya.

Menerusi prosiding hakam ia dapat memendekka­n proses perceraian yang biasanya memakan masa yang lama. Wanita yang digantung tidak bertali juga akan mendapat pembelaan sewajarnya.

“Sekurang-kurangnya ia memberikan sinar baru kepada wanita yang membuat tuntutan perceraian terutama mereka yang digantung tidak bertali. Jika sebelum ini talak adalah dalam tangan suami dan mereka masih boleh mempertaha­n kuasa di mahkamah walaupun isteri menuntut perceraian secara fasakh atau taklik namun dengan perceraian melalui hakam, suami tidak mempunyai apa-apa hak dan biasanya perceraian dapat dilakukan dalam tempoh tiga hingga empat bulan. Hakam juga berkuasa untuk melafazkan talak di mahkamah, walaupun suami tidak membenarka­nnya dan enggan melafazkan­nya,” katanya.

Menerusi prosiding hakam urusan perceraian

tidak mengambil masa lama Perceraian melalui hakam, suami tidak mempunyai apa-apa hak dan biasanya perceraian dapat dilakukan dalam tempoh tiga hingga empat bulan

 ??  ?? W ASMALIZA berbincang dengan rakan mengenai kes perceraian
yang difailkan wanita.
W ASMALIZA berbincang dengan rakan mengenai kes perceraian yang difailkan wanita.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia