Harian Metro

100 peratus asli tanpa kerosakan

-

DARI MUKA H57

Bagi mengisi masa terluang Wan Faizah melakukan pelbagai aktiviti antaranya mengambil upah memasak untuk pelajar Malaysia di sana. Apabila saling mengenali, kawan dari Malaysia mula meminta membelikan beberapa barangan untuk mereka.

“Saya mula mengambil pesanan koleksi pinggan mangkuk berjenama, diikuti barangan bayi dan kanak-kanak serta produk fesyen seperti pakaian, beg tangan, alat solek dan aksesori. Dibantu dengan kemajuan teknologi dan kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, pesanan produk berjenama dari Eropah yang diterimany­a semakin bertambah. Dari suka-suka ia bertukar menjadi sesuatu yang serius,” katanya ketika di temui di studio Balai Berita, baru-baru ini.

Dia yang menetap di United Kingdom selama tiga tahun menggunaka­n sepenuhnya peluang untuk mencari lokasi pusat beli-belah ternama yang menempatka­n barangan mewah ini. Sehinggala­h apabila pulang ke Malaysia pesanan diterima semakin bertambah terutama untuk beg berjenama mewah. Kejujuran dan keikhlasan Wan Faizah memberikan perkhidmat­an pesanan kepada pelanggan menyebabka­n dia dikenali dalam kalangan golongan atasan.

“Bermula dengan rakan sekerja kemudian menular sehingga golongan atasan, artis, ahli perniagaan dan profesiona­l yang menjadi pengikut di laman sosial Instagram dan Facebookny­a. Mereka mulai yakin dengan servis yang saya jalankan memandangk­an semua perjalanan dilakukan secara telus. Saya juga memastikan produk dijual 100 peratus asli tanpa kerosakan seperti sekiranya mereka mendapatka­nnya di kedai,” ulasnya.

Sebagai pembeli peribadi tugas Wan Faizah bukan sekadar sebagai tukang beli tetapi menawarkan khidmat nasihat profesiona­l kepada individu berkaitan fesyen dan urusan membeli-belah. Apatah lagi pengalaman yang luas sebagai pramugari menjadi bonus kepadanya berkongsi pandangan dengan mereka. Khidmat inilah yang jarang diperoleh oleh pembeli peribadi yang lain yang membuatkan kepercayaa­n

Mengunjung­i Eropah setiap tiga hingga enam bulan bagi memenuhi permintaan pelanggan kebiasaann­ya, beberapa bulan sebelum ke luar negara, dia akan menguaruar­kan pesanan itu di laman sosial. Sebaik sahaja iklan dibuka rata-rata pengikut akan menghantar pesanan tempahan beg tangan pilihan mereka. Menggunaka­n terma ‘siapa cepat dia dapat’ terutama untuk jenama seperti

Louis Vuitton, Chanel dan Hermes kerana hanya boleh dibeli dalam kuantiti yang terhad.

“Sebaik sahaja dimasukkan ke laman sosial menderu pesanan ringkas masuk ke kotak pesanan. Memang saya perlu melayan semua mesej. Inilah di antara tugas yang agak memenatkan iaitu membalas pesanan mereka. Ada kala mereka tidak faham, apabila saya lambat menjawab mesej. Ada juga marah-marah apabila beg yang diinginkan tiada. Pelbagai ragam yang perlu saya hadapi. Namun sebagai penjual saya perlu melayan semua soalan mereka dengan baik,” katanya tersenyum.

Menjelaska­n lebih lanjut sejak tiga tahun lalu, khidmat pembeli peribadi semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Ini kerana ada pelanggan ingin mendapatka­n koleksi terbaru yang belum ada di

 ??  ?? ANTARA koleksi beg tangan mewah yang dipesan pelanggan Wan Faizah. Lebih penting
harga yang dibeli terus dari
Eropah lebih jimat berbanding butik sedia ada di Malaysia.
Inilah yang menyebabka­n
khidmat pembeli peribadi
mendapat perhatian ramai
ANTARA koleksi beg tangan mewah yang dipesan pelanggan Wan Faizah. Lebih penting harga yang dibeli terus dari Eropah lebih jimat berbanding butik sedia ada di Malaysia. Inilah yang menyebabka­n khidmat pembeli peribadi mendapat perhatian ramai
 ??  ?? NURAIN bersama koleksi
pinggan tular yang diminati pelanggan.
NURAIN bersama koleksi pinggan tular yang diminati pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia