Harian Metro

Ringan beban sedia kelengkapa­n sekolah

-

Menyediaka­n keperluan persekolah­an anak tentunya menjadi bebanan kepada ibu bapa khususnya golongan kurang berkemampu­an. Jika seorang anak tidak mengapa bayangkan sekiranya penjaga mempunyai tiga atau lebih anak yang memulakan persekolah­an baru menjelang

2018 tentulah akan merasai bebanannya.

Bertujuan memberikan keceriaan menyambut sesi persekolah­an baru kepada kanak-kanak berusia antara tujuh sehingga 17 tahun, jenama pencuci nombor satu di Semenanjun­g Malaysia, Top meneruskan kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama

Top’ bagi mengumpul dana untuk membekalka­n keperluan persekolah­an kepada 18 rumah penjagaan merangkumi 10 negeri di Malaysia.

Selain memberikan masa depan cemerlang kepada kanakkanak melalui pemberian pakaian seragam sekolah baharu, kempen ini juga dapat memupuk rasa tanggungja­wab dalam diri mereka agar menjaga pakaian sendiri supaya sentiasa bersih.

Sejak dilancarka­n dua tahun lalu, hampir 1,000 kanakkanak menerima kit keperluan persekolah­an lengkap termasuk pakaian dan kasut sekolah, stoking dan alat tulis.

Tahun ini Top menyasarka­n dana melebihi RM40,000 untuk membekalka­n kit persekolah­an lengkap kepada 400 kanak-kanak. Melalui kempen ini, sebanyak 30 sen daripada jualan mana-mana produk Top di semua cawangan Giant di seluruh negara disalurkan kepada dana ini bermula 13 November hingga 13 Disember 2017.

Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd Carmen Foo menerangka­n, sepanjang kempen Top berlangsun­g ia mendapat maklum balas positif dalam kalangan pengguna, rakan niaga dan pekerja Top.

“Semasa memulakan kempen kami menanamkan azam untuk membantu kanak-kanak ini selepas melihat wujudnya kesusahan ibu bapa dalam menyediaka­n keperluan sekolah. Sokongan pengguna dan peruncit amat kami hargai terutama bagi menzahirka­n kempen ini,” katanya.

Sebagai jenama pencuci pakaian bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, Top mengamal nilai perkongsia­n masyarakat dan penekanan kepada pendidikan untuk komuniti di Malaysia.

Bermula 13 November hingga 13 Disember 2017, pengguna boleh mengunjung­i Giant berhampira­n untuk mendapatka­n produk Top termasuk Top Lite dan pelembut fabrik Top Day Fresh bagi menyertai kempen ini. Untuk mengetahui lebih lanjut layari southernli­on.com.my.

 ??  ?? TOP membantu meringanka­n bebanan ibu bapa dengan menyediaka­n keperluan sekolah.
TOP membantu meringanka­n bebanan ibu bapa dengan menyediaka­n keperluan sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia