Harian Metro

Berniaga tanpa keluar modal

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kos sara hidup yang semakin meningkat bukan sahaja memberi tekanan kepada individu berkeluarg­a tetapi pelajar terutama di peringkat universiti. Walaupun ratarata mendapat pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun ia masih belum mencukupi bagi menampung perbelanja­an harian.

Ini ditambah dengan gaya hidup pelajar itu sendiri turut membuatkan duit pinjaman dan elaun diterima hanya cukup-cukup makan. Bagi yang berkemahir­an boleh melakukan kerja sambilan. Tetapi tidak semua syarikat mahu mengambil pelajar sebagai pekerja sementara. Malah isu pelajar universiti tidak bijak berkomunik­asi apabila berhadapan orang ramai menyebabka­n mereka tidak diterima bekerja.

Menyedari hal ini Beyond Rich Sdn Bhd, pengeluar produk kecantikan Audela dan Adore kini menyediaka­n platform kepada pelajar universiti menjana pendapatan sekurangku­rang RM1,500 sebulan menerusi produk penjagaan kulit terbaru mereka Audela Adore Skin Care.

Program dinamakan

Pink Troopers ini bertujuan membuka peluang kepada golongan pelajar menceburi perniagaan tanpa perlu mengeluark­an modal.

Tidak seperti kebiasaann­ya menjadi ejen atau stokis memerlukan modal yang besar manakala sistem dropship pula tidak memberikan mereka peluang memegang produk atau menunjukka­n kepada pelanggan.

Hal ini dijelaskan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Audela, Nurdina Awanis Zakaria, yang membina sistem penjualan ini selepas melihat senario yang berlaku pada masa sekarang apabila ramai pelajar terdesak melakukan pekerjaan sambilan untuk menambah duit saku.

“Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik dan gaya hidup masa kini, kami percaya duit pinjaman dan elaun diterima tidak mencukupi untuk mereka meneruskan kelangsung­an hidup. Jadi selepas berfikir dan ingin membantu pelajar kami membuka peluang perniagaan secara percuma tanpa perlu mengeluark­an modal,” jelasnya.

Caranya mudah sahaja, mereka yang terpilih mengikuti program ini dilatih menjual secara berkesan. Selepas melihat kebolehupa­yaan mereka pihak syarikat akan memberikan stok produk dan mereka boleh menjual di mana sahaja.

“Kami faham ada pelajar yang berminat buat duit sampingan termasuk berniaga tetapi tiada modal. Jadi dengan memberikan produk dahulu mereka boleh menjual kepada orang terdekat dengan lebih efektif,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mahu membantu pelajar menimba pengalaman sebelum tamat pengajian. Melalui latihan ini sekurangku­rangnya mereka lebih yakin untuk bercakap dan memujuk pelanggan membeli produk yang dijual.

“Lebih penting kami tidak meletakkan harga yang mahal kerana sasaran adalah untuk pelajar. Ia mengandung­i tiga botol di dalam kotak yang direka khas. Setiap botol dengan pelbagai fungsi bersaiz 30 ml.

“Kami juga amat menitikber­atkan kandungan bahan. Hampir 98 peratus berasaskan bahan semula jadi dan bersifat organik. Ia juga berasaskan air dan bukannya petroleum,” katanya yang mahu mendidik masyarakat

Program Pink

Troopers buka peluang

kepada golongan pelajar ceburi

bisnes

termasuk pengguna mengenai pentingnya memiliki kulit sihat.

Ini dipersetuj­ui CEO bersama Rina Yusnita Ibrahim yang menjelaska­n ramai wanita ingin cantik dengan cepat tanpa memikirkan jenis produk yang digunakan.

“Menerusi rangkaian produk ini, kami mengutamak­an ekstrak dan bahan semula jadi. Produk ini Audela berasaskan buah argan, tomato, anggur dan epal, yang dihasilkan dalam bentuk serbuk minuman manakala Adore serbuk minuman herba seperti jamu moden mengandung­i khasiat habbatus sauda, zaffaran, kacip fatimah, manjakani, madu, sireh, ekstak ros, and vitamin C,” katanya.

Stokis yang dilantik juga dididik mengenai selokbelok berniaga dan membuat strategi pemasaran menerusi kelas bimbingan yang dijalankan dari semasa ke semasa. Selepas hampir dua tahun menguasai pasaran dunia kecantikan dan kesihatan, jenama produk ini mempunyai 31 stokis aktif termasuk di Singapura.

“Kami mahu terus membantu mereka yang mahu menambah pendapatan sampingan. Kami mahu lebih ramai lagi stokis di Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak juga pelajar menerusi Pink Troopers yang akan bergerak secara lebih aktif menjual produk,” katanya.

 ??  ?? PINK Troopers dilatih menjadi penjual yang hebat.
PINK Troopers dilatih menjadi penjual yang hebat.
 ??  ?? RINA Yusnita (kanan) bersama Nurdina Awanis.
RINA Yusnita (kanan) bersama Nurdina Awanis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia