Harian Metro

Paradox ada kelainan

-

Penyanyi terkenal

Indonesia, Isyana Sarasvati semakin mendapat tempat di hati peminat di Malaysia.

Isyana baru-baru ini hadir ke Malaysia bagi mempromosi­kan album keduanya, Paradox yang menampilka­n 10 lagu baru.

Berbanding album pertama yang diberi judul Explore! dan dikeluarka­n pada 2015, konsep Paradox ada kelainan.

“Dalam album pertama, lagunya adalah lagu curahan hati teman rapat yang melalui beberapa pengalaman dalam hidup dan cinta.

“Dalam Paradox pula, saya sendiri ‘tuangkan’ semua idea serta pengalaman dalam bentuk lagu,” katanya.

Menurut penyanyi versatil ini, Paradox juga adalah berdasarka­n perjalanan hidupnya di antara usia 22 hingga 24 tahun.

“Idea ini seiring dengan berjalanny­a waktu. Pada usia 22 hingga 24 tahun, banyak muzik baru menjadi inspirasi saya,” katanya.

Paradox mengetenga­hkan kepelbagai­an muzik dan antara yang disuntik adalah pop, rock & roll, R&B dan klasik.

Antara trek yang mencuri tumpuan adalah Terpesona dendangan Isyana yang turut menampilka­n Gamaliel dari kumpulan GAC.

Terpesona juga menjadi lagu pertama yang ingin diberikan perhatian kerana menurut Isyana, lagu ini mampu menarik perhatian masyarakat Malaysia.

Satu lagi lagu duet yang ditampilka­n adalah Anganku Anganmu, kolaborasi bersama

Raisa yang kini mula berkumanda­ng di beberapa radio tempatan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia