Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV9, 11.30 malam STAR TREK INTO DARKNESS TV3, 7 malam LELAKI ITU PEMILIK HATIKU EPISOD 17 TV3, 10malam DEKATKAN JARAK KITA EPISOD 4 TV9, 4 petang BABY ANA MILIK SIAPA

Star Trek Into Darkness mengisahka­n konflik kru USS Enterprise apabila diserang ibu pejabat Starfleet sehingga ketua mereka, Pike (Bruce Greenwood) terkorban.

Kematian Pike menyebabka­n Kapten James T Kirk (Chris Pine) menyimpan dendam dan selepas mendapat kebenaran daripada pegawai atasannya Fleet Admiral Marcus, James dan krunya memburu Khan bagi menuntut bela di atas kematian ketua mereka.

Usaha James membuahkan hasil apabila Khan bersetuju menyerah diri dan dibawa ke markas USS Enterprise untuk di soal siasat.

Menerusi filem ini, kru USS Enterprise menerima kakitangan baru yang dikenali sebagai Carol Marcus lakonan Alice Eve.

Pelakon: Chris Pine, Zachary Quinto, Zoe Saldana, Benedict Cumberbatc­h, Karl Urban, John Cho, Alice Eve, Bruce Greenwood, Simon Pegg, Peter Weller dan Anton Yelchin. Luqman terus berteka-teki dengan sikap kebudak-budakan dan keras kepala Nurin.

Dia mahu tahu bagaimana Nurin mampu berubah menjadi seorang yang lembut sebelum kemalangan baru-baru ini.

Pelakon: Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin dan Syazuwan Hassan DFKL. Hasrat Tuan Kamil untuk menjodohka­n Tashriq dan Riana diterima baik oleh Jusoh dan Kalsum. Mereka mula membayangk­an kesenangan dan keseronoka­n menjadi orang kaya apabila Riana sudah berkahwin dengan Tashriq.

Pelakon: Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Nadia Brian, Wan Sharmilla dan Azhan Rani. Mengisahka­n lima kawan karib mula dihantui konflik dengan kehadiran seorang bayi yang diberi nama Ana. Mereka rapat sejak di bangku sekolah dan sanggup susah senang bersama. Siapakah Ana? Siapakah ibu bapanya? Persoalan itu bakal terjawab dalam drama ini.

Pelakon: Hairul Azreen, Cristina Stocktill, Hafidz Roshdi, Zika Ziandra, Ardell Ayana dan Jelita Murni Kako.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia