Harian Metro

CAMI leraikan kekeliruan

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Ramai tersalah anggap akaunnya di media sosial akaun gabungan nama Camila Cabello dan Shawn Mendes

Bintang siri Riverdale, Camila Mendes atau Cami keliru apabila ramai mengaitkan dirinya dengan dua penyanyi terkenal Camila Cabello dan Shawn Mendes.

Lebih malang, ramai tersalah anggap akaunnya di media sosial adalah akaun gabungan nama Camila dan nama akhir Mendes.

Disebabkan kekeliruan terbabit, dia susah mendapat pengesahan untuk akaunnya.

Tidak dinafikan, persahabat­an antara Camila dan Mendes sangat dikagumi peminat. Bahkan, dua penyanyi itu cukup rapat dan pernah bekerjasam­a sehingga ada ura-ura mengatakan mereka bercinta.

Lantas, jenama dua penyanyi itu menjadi lebih serasi dan bertukar dilema buat Cami yang tiada kaitan dengan kedua-duanya.

Tampil sebagai tetamu program TV The Late Late

Show with James Corden, dia mengakui berhadapan masalah di media sosial hanya disebabkan namanya.

Meskipun akaunnya di Twitter sudah mendapat pengesahan, ramai masih keliru terutama peminat

Camila dan Mendes sehingga dia terpaksa membuat penjelasan berkali-kali.

Pada wawancara itu, dia sempat memberi peringatan kepada semua terutama peminat Camila dan Mendes yang dia tiada kaitan dengan dua penyanyi itu.

Menurutnya yang melakonkan watak Veronica Lodge dalam Riverdale,

Camila Mendes memang nama betulnya. Gabungan nama berkenaan adalah biasa buatnya memandangk­an keluargany­a berasal dari Brazil.

Semua itu cuma kebetulan apabila namanya seakan-akan kombinasi nama dua penyanyi popular itu.

Dengan penjelasan itu, dia berharap tiada lagi kekeliruan yang akan menimbulka­n masalah kepada dirinya pada masa hadapan.

 ??  ?? CAMI mahu leraikan kekeliruan.
CAMI mahu leraikan kekeliruan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia