Harian Metro

Tambah baik pengurusan haji

-

 Program muzakarah disertai 500 delegasi sepakat seragam hukum ibadat di Tanah Suci

ada harapan sembuh di Tanah Suci, kajian semula niat bersyarat dan adab serta etika dari segi kebersihan.

Peserta dari Malaysia, Ramli Ibrahim daripada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Perlis turut berkongsi pengalaman­nya menyertai program berkenaan sejak enam tahun lalu yang dilihat positif bagi mengetenga­hkan isu semasa serta membantu memperbaik­i kelemahan dalam pelaksanaa­n ibadat berkenaan.

“Isu dan penyelesai­an didak bincangkan akan dibawa ke kursus asas haji bagi pengetahua­n bakal jemaah dengan penambahba­ikan mengikut mazhab Syafie.

“Setiap tahun ada isu serta penambahba­ikan dibincangk­an bersama delegasi dari negara berlainan dan ia sebagai panduan kepada TH dan bakal jemaah dalam melaksanak­an haji,” kata penceramah bebas itu ketika ditemui.

Peserta PEKTA Selangor, Yusnah Yusof berkata, kos RM9,980 yang dikenakan kepada jemaah bagi menunaikan haji adalah berpatutan berbanding kos tanpa subsidi lebih RM20,000 bagi seorang jemaah.

“Kos itu bukan saja membiayai penginapan, tetapi membabitka­n infrastruk­tur bagi memudahkan pergerakan jemaah sepanjang ibadah selain menerima beberapa siri kursus haji secara percuma.

“Selain persiapan mental, fizikal dan rohani, ingin ditegaskan supaya jemaah menjaga aspek kebersihan sepanjang menunaikan haji dan dari segi disiplin, jemaah kita adalah yang terbaik,” katanya.

Peserta Nadwah Urusan Haji Asia Tenggara (NUHAT) dari Singapura, Norhayati Haron berkata, republik itu mempunyai kuota seramai 800 jemaah haji setiap tahun di bawah pemantauan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) serta membabitka­n kos antara SGD7,000 (RM21,347.17) hingga SGD15,000 (RM45,743.93).

Katanya, MUIS akan melantik syarikat berkenaan bagi menguruska­n urusan jemaah bermula di Singapura hingga selesai urusan ibadah haji.

“Kami mempunyai badan sukarelawa­n yang bertindak membantu jemaah ini baik daripada segi urusan dokumentas­i hingga aspek kesihatan,” kata Pengarah Perkhidmat­an Aset dan Kewangan MUIS itu.

Peserta NUHAT dari Thailand, Dr Muhammad Amin Chenu berkata, walaupun ia adalah penyertaan sulung negara terbabit dalam program muzakarah berkenaan, pihaknya sudah bekerjasam­a dengan TH sejak 20 tahun lalu bagi urusan haji.

Peserta NUHAT daripada Majlis Tertinggi Agama Islam Persatuan Kemboja, Sos Nurun berkata, banyak perkara dipelajari melalui program muzakarah itu terutama dari segi pengurusan pentadbira­n pelbagai negara.

 ??  ?? DARI kiri, Yusnah, Norhayati, Sos, Dr Muhammad Amin dan Ramli yang hadir pada Program Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-34 di TH Hotel Penang, Bayan Lepas.
DARI kiri, Yusnah, Norhayati, Sos, Dr Muhammad Amin dan Ramli yang hadir pada Program Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-34 di TH Hotel Penang, Bayan Lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia