Harian Metro

‘Melepas’ dalam seluar

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Bedah siasat dedah kesan racun agen saraf VX terhadap Jong-nam

Seluar dalam Kim Chol atau didakwa Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara dipenuhi najis akibat kesan terkena racun agen saraf VX selepas lelaki itu diserang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.

Perkara itu dimaklumka­n Pakar Perunding Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nurliza Abdullah, 52, yang menjalanka­n bedah siasat ke atas Kim Chol di HKL pada 15 Februari lalu, dua hari selepas mangsa mati.

Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata, kesan najis yang ditemui dalam seluar dalam mangsa itu mempunyai kaitan dengan tanda-tanda keracunan akibat racun agen VX.

“Secara umumnya, akan berlakunya otot lumpuh yang mengakibat­kan otot berkecamuk seterusnya menyebabka­n najis terkeluar dengan sendirinya, jika seseorang itu diracun dengan agen VX,” katanya ketika pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin, pada hari ke-20 perbicaraa­n kes Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, yang didakwa bersama-sama empat lelaki yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan klia2 pada 9 pagi, 13 Februari lalu.

Sementara itu, saksi ke-18 pendakwaan, Sarjan Shamsul Bahrin Abdullah yang bertugas di Balai Polis klia2, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad memberitah­u mahkamah, beliau ada menghubung­i Kedutaan Korea Utara pada jam 4.50 petang, 13 Februari lalu untuk memaklumka­n mengenai kematian warganegar­a itu.

Menceritak­an kejadian itu, Shamsul Bahrin berkata, panggilann­ya itu dijawab oleh seorang lelaki dikenali dengan nama Kim Yu-song iaitu Kaunselor Kedutaan yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

“Ketika itu, saya memberitah­u Yu-song, ada satu kematian berlaku membabitka­n warga Korea Utara dengan nama Kim Chol dan saya juga beri nombor pasport si mati serta meminta wakil kedutaan datang ke Jabatan Forensik Putrajaya untuk proses pengecaman mayat.

“Yu-song tidak memberikan apa-apa respon kecuali mengucapka­n terima kasih dan selepas itu saya masuk ke bilik mesyuarat Balai Polis klia2, tempat saya menyimpan barangan mangsa.

“Saya kemudian nampak beberapa pegawai Cawangan Khas berpakaian preman berada dalam bilik itu dan salah seorang pegawai itu memaklumka­n saya si mati adalah abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara,” katanya.

Menurut saksi itu, beliau kemudian menerima panggilan daripada Yu-song yang bertanyaka­n lokasi mayat mangsa ditempatka­n dan tarikh bedah siasat.

“Yu-song kemudian mengesahka­n kehadirann­ya selepas saya memberitah­u bahawa mayat ditempatka­n di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya dan bedah siasat akan dijalankan pada keesokan.

“Keesokanny­a, ketika berada di lobi Jabatan Forensik, saya lihat ada tiga lelaki yang mempunyai iras berbangsa Cina masuk ke dalam lobi dan dua daripadany­a memakai baju kemeja manakala seorang yang agak berusia memakai baju labuh,” katanya.

Saksi itu berkata, beliau mendengar lelaki yang agak berusia itu memperkena­lkan diri sebagai Yu-song kepada petugas kaunter hospital dan dia menghampir­i lelaki itu sebelum perkenalka­n dirinya serta hanya menjawab ‘terima kasih’.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia