Harian Metro

Doktor HUSM jejak pedalaman Kemboja

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 FAMOUS ukir senyuman kepada penduduk Kampung Phum Trea

Mereka berkhidmat tidak seperti penjawat awam lain yang tertakluk waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang.

Kumpulan pegawai dan pensyarah perubatan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, bekerja mengikut giliran atau syif, sekali gus menjadikan mereka sentiasa sibuk.

Mereka tidak pernah berkira dengan perkhidmat­an yang ditawarkan kerana memegang ikrar dan tanggungja­wab demi memastikan pesakit yang dirawat sembuh.

Bakti dicurah itu turut diperluask­an menerusi kerja kebajikan yang dilaksanak­an melalui Persatuan Perubatan Keluarga Universiti Sains Malaysia (FAMOUS).

Terbaharu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu ke Kemboja untuk Program Kembara Bakti Kasih Kemboja yang memberi rawatan percuma kepada golongan memerlukan selain bantuan lain.

Menurut Pengarah Program, Dr Siti Suhaila Mohd Yusoff, aktiviti itu yang berlangsun­g pada 18 hingga 21 Oktober lalu sudah dirancang setahun lebih awal untuk memastikan ia berjaya mencapai objektifny­a.

“FAMOUS bekerjasam­a dengan Jabatan Perubatan Keluarga (JPK) HUSM untuk program ini yang mana kami menyahut cabaran untuk mengantara­bangsakan imej Kampus Kesihatan Kubang Kerian sejajar aspirasi USM.

“Kami melakukan persiapan rapi termasuk mengenal pasti lokasi bersesuaia­n dan mengumpul dana untuk disumbangk­an kepada penduduk kampung yang memerlukan di negara itu.

“Selepas penelitian dibuat, Kampung Phum Trea iaitu sebuah perkampung­an Melayu Islam Kemboja dipilih kerana jauh di pedalaman dan masih ramai yang hidup dalam kedaifan di situ,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengumpul sebanyak RM12,418 hasil sumbangan daripada kakitangan dan keluarga JPK serta ahli FAMOUS sendiri.

Katanya, menerusi wang tunai itu, pihaknya berupaya membina 13 pam air dan telaga tiub untuk kegunaan penduduk kampung berkenaan.

“Selepas persiapan rapi dibuat, seramai 40 orang terdiri daripada 10 pakar perubatan keluarga, dua pegawai perubatan dan 28 kakitangan dan ahli sukarelawa­n bertolak ke sana.

“Malah, semua peserta sanggup mengeluark­an wang poket sendiri untuk menyertai aktiviti kebajikan ini termasuk membeli tiket penerbanga­n dan lain-lain kerana kami kekurangan dana,” katanya.

Dr Siti Suhaila berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang berada di perkampung­an itu termasuk mengadakan pemeriksaa­n kesihatan percuma.

Sebelum itu katanya, mereka terpaksa menempuh perjalanan melebihi tiga jam dari Phnom Penh, Kemboja untuk ke perkampung­an itu.

“Penat akibat perjalanan panjang hilang serta-merta apabila lebih 200 penduduk setempat menyambut ketibaan kami dan memberikan kerjasama yang baik untuk dirawat dan dibekalkan sumber air.

“Pada masa sama, kami juga menyumbang­kan sejumlah 50 beg, alat tulis dan Qiraati kepada kanak-kanak selain mengadakan sukaneka dan jamuan makan dengan menumbangk­an seekor lembu,” katanya.

Menurutnya, sangat gembira apabila melihat keceriaan di wajah mereka yang dibantu dan berhasrat mengadakan program seumpama itu dengan lebih kerap lagi.

 ?? Dr Siti Suhaila ?? WAJAH ceria jelas terpancar pada kanak-kanak Kampung Phum Trea yang menerima beg sekolah. SATU daripada 13 pam yang dibina bagi memudahkan penduduk mendapatka­n sumber air. Semua peserta sanggup mengeluark­an wang poket sendiri untuk menyertai aktiviti...
Dr Siti Suhaila WAJAH ceria jelas terpancar pada kanak-kanak Kampung Phum Trea yang menerima beg sekolah. SATU daripada 13 pam yang dibina bagi memudahkan penduduk mendapatka­n sumber air. Semua peserta sanggup mengeluark­an wang poket sendiri untuk menyertai aktiviti...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia