Harian Metro

Sembilan jam terkandas di laut

-

10 pemancing tempuh detik cemas enjin bot rosak

boleh terapung di lokasi kejadian sebelum diselamatk­an Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Daerah Klang Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata, pusat operasi Daerah Maritim 4 Selangor menerima aduan kerosakan daripada pemilik bot itu pada jam 12.50 tengah hari kelmarin.

“Bot peronda Kilat 32 milik APMM kemudian segera digerakkan ke lokasi kejadian walaupun terdapat sebuah bot rakan mereka akan datang untuk membawa mereka pulang ke Bagan Tengkorak, Tanjung Karang.

“Bot itu kemudian dipantau dan dikawal bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, usaha menyelamat­kan 12 individu itu mengalami kesukaran berikutan keadaan air pasang pada jam 6 petang.

“Semua mereka bagaimanap­un selamat tiba di Jeti Bagan Tengkorak pada 10.30 malam tadi (kelmarin),” katanya.

Justeru, kata Abu Zaki, pihaknya menasihatk­an komuniti maritim supaya memastikan bot mereka berada dalam keadaan baik sebelum keluar ke laut bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku.

“Ia turut mengambil kira faktor keadaan cuaca kepada sesiapa yang mahu melakukan aktiviti di laut,” katanya yang meminta orang ramai menyalurka­n maklumat di talian 24 jam MERS 999 jika terdapat sebarang aduan, kecemasan dan aktiviti jenayah di laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia