Harian Metro

MBPJ laksana kupon letak kereta 2018

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Seramai 10 pemancing menempuh detik menakutkan apabila terkandas selama lebih sembilan jam berikutan bot dinaiki mereka mengalami kerosakan kira-kira 9 batu nautika dari daratan Kuala Selangor, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, bot pancing dinaiki mereka bersama dua kru lain berusia antara 30-an hingga 50-an itu keluar ke kawasan perairan berkenaan sejak jam 10 pagi, Sabtu lalu.

Bagaimanap­un, bot itu dikatakan mengalami kerosakan pada enjin dan hanya Petaling Jaya: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuat keputusan memberhent­ikan penggunaan sistem letak kereta bayar dan peraga serta hanya akan melaksanak­an sistem kupon letak kereta sepenuhnya berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Datuk Bandar MBPJ Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata, sistem kupon letak kereta di kawasan Petaling Jaya hanya akan digunakan sementara waktu memandangk­an pihaknya masih mengkaji kaedah lain yang sesuai untuk menguruska­n sistem parkir di kawasan pentadbira­nnya.

“Berkuat kuasa 1 Januari tahun depan, kami akan memberhent­ikan penggunaan sistem letak kereta secara bayar dan peraga serta akan menggunaka­n sistem kupon secara sepenuhnya sehingga April 2018.

“Pada masa sama, pihak kami juga sedang mengkaji sistem letak kereta berteknolo­gi tinggi yang menggunaka­n aplikasi telefon pintar untuk memudahkan orang awam melakukan pembayaran letak kereta,” katanya ketika ditemui di Mesyuarat Penuh Bulanan MBPJ di sini, semalam.

Menurutnya, MBPJ sudah melantik 241 ejen jualan kupon letak kereta di seluruh Petaling Jaya bagi memudahkan orang awam membeli kupon.

“Untuk pembayaran letak kereta melalui aplikasi mudah alih, sebanyak 18 syarikat sudah mengemukak­an cadangan kepada MBPJ mengenai kaedah terbaik yang boleh mereka laksanakan untuk mengurus sistem parkir di bandar ini,” katanya.

“Satu mesyuarat khas bersama 18 syarikat berkenaan juga akan kita jalankan dalam masa terdekat untuk membuat kajian menyeluruh berkenaan pembayaran letak kereta melalui aplikasi mudah alih ini,” katanya.

Mohd Azizi berkata, selain membeli kupon yang dijual di kedai, orang awam juga boleh membuat pembelian kupon di Kaunter Ibu Pejabat MBPJ, Kaunter Cawangan MBPJ Kota Damansara dan Kaunter Bergerak Ez-Pay MBPJ sementara menunggu sistem pembayaran letak kereta melalui aplikasi mudah alih diperkenal­kan dalam masa terdekat.

 ?? Abu Zaki ?? Bot itu kemudian dipantau dan dikawal bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku” BOT yang dinaiki 10 pemancing terkandas kira-kira 9 batu nautika dari Kuala Selangor akibat kerosakan enjin.
Abu Zaki Bot itu kemudian dipantau dan dikawal bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku” BOT yang dinaiki 10 pemancing terkandas kira-kira 9 batu nautika dari Kuala Selangor akibat kerosakan enjin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia