Harian Metro

Pemandu teksi lalok

- Ya_t@hmetro.com.my

 3 ditahan positif syabu, ganja miliki dapur hisap bahan khayal

Tiga pemandu teksi ditahan selepas didapati positif syabu dan ganja, serta memiliki ketulan mampat ganja dalam Ops Khas Perkhidmat­an Awam (KPA) di tempat letak kenderaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Malah, operasi yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Bersama Lapangan Terbang (JATF) itu turut menemui ‘dapur’ menggunaka­n botol dan alat khas dipercayai digunakan pemandu teksi berkenaan untuk menghisap ganja.

Alat dan ganja mampat berkenaan disembunyi­kan di bawah lapik kaki tempat duduk pemandu dan di tepi pintu pemandu teksi yang dipandu lelaki warga tempatan itu.

Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Selangor Nazli Md Taib berkata, ketiga-tiga pemandu teksi berkenaan berumur 27, 33, dan 46 tahun ditahan antara jam 10 hingga 11 pagi ketika dalam perjalanan masuk dan keluar dari tempat letak kenderaan terbabit.

“Ketika ditahan seorang daripadany­a didapati sedang khayal, manakala dua lagi mengakui baru lepas menghisap barang terlarang itu.

“Ini satu penemuan yang agak serius kerana selain menagih mereka juga memiliki barang terlarang. Kami tidak dapat membayangk­an bagaimana mereka boleh membawa penumpang dalam keadaan itu dan tindakan ini mungkin boleh mendatangk­an bahaya kepada penumpang,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi operasi di sini, semalam.

Operasi bermula jam 9.30 pagi hingga 3 petang itu dijalankan secara bersepadu antara JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Darat (SPAD) dengan kekuatan 35 anggota dan pegawai.

Ini operasi pertama kali diadakan di kawasan tempat letak kenderaan yang menjadi lokasi pemandu teksi berkumpul.

Nazli berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka sudah memandu teksi antara 11 hingga 14 tahun.

Katanya, pemandu yang positif syabu diserahkan kepada AADK manakala dua lagi yang positif syabu dan ganja serta memiliki ganja mampat diserahkan kepada Bahagian Narkotik PDRM untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Unit Penguatkua­sa AADK Sepang Farid Bujang berkata, pemandu teksi yang diserahkan kepada AADK akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 manakala dua lagi mengikut Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki ganja.

 ??  ?? NAZLI (kiri) menunjukka­n alat menghisap ganja yang dirampas.
NAZLI (kiri) menunjukka­n alat menghisap ganja yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia