Harian Metro

Untung caj RM5 mahu sertai APM

-

Kuala Lumpur: Kaut keuntungan ‘atas angin’ RM5 bagi setiap individu yang mahu menyertai sukarelawa­n Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Penipuan itu dibongkar susulan maklumat yang tular menerusi WhatsApp baru-baru ini berhubung syarat ditetapkan kepada individu yang mendaftar dalam APM.

APM dalam satu kenyataan memaklumka­n bahawa maklumat berkenaan adalah palsu berikutan pendaftara­n sebagai sukarelawa­n adalah percuma dan tiada arahan dikeluarka­n untuk mengutip bayaran.

Sebelum ini, tular satu pesanan dalam kalangan pengguna WhatsApp berhubung pendaftara­n anggota baru pada Jumaat lalu yang diadakan antara jam 5 petang hingga 9 malam di Tanjung Emas, Muar, Johor.

Dalam pesanan itu, individu yang berminat menjadi sukarelawa­n perlu membawa satu salinan MyKad, sekeping gambar ukuran pasport dan membayar RM5 untuk proses pendaftara­n.

Ketua Pengarah APM Datuk Azmy Yahya berkata, maklumat berkenaan adalah palsu dan pihaknya sedang menjalanka­n siasatan lanjut mengenai perkara itu.

Katanya, APM juga sudah membuat laporan polis berhubung maklumat berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarka­n maklumat palsu terhadap APM.

“Kami memang memandang serius terhadap penularan maklumat palsu yang menyatakan APM mengenakan bayaran bagi pendaftara­n sukarelawa­n APM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia