Harian Metro

RM136 juta dijana usahawan mikro

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 MDEC komited latih 13,300 peniaga menjelang akhir tahun ini

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerajui peningkata­n aktiviti Ekonomi Digital dalam kalangan rakyat dengan memperkena­lkan dan mewujudkan peluang pendapatan digital menerusi inisiatif eUsahawan.

Usaha itu menunjukka­n peningkata­n apabila usahawan mikro yang dilatih berjumlah melebihi 100,000 setakat Oktober 2017 (sejak diperkenal­kan pada 2015) manakala jumlah pendapatan yang dijana lebih RM136 juta.

Naib Presiden Bakat dan Keusahawan­an Digital MDEC, Sumitra Nair berkata, tahun 2017 adalah tahun pertama eUsahawan memasuki insititusi pengajian tinggi antaranya Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Kuala Lumpur dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA.

Katanya, melalui program ini juga MDEC telah menandatan­gani perjanjian kerjasama dengan lapan rakan strategik yang komited untuk melatih 13,300 usahawan mikro seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

“Pada tahun ini setakat bulan Oktober, MDEC telah melatih lebih 45,000 orang peserta dan lebih 12,000 daripada mereka telah menjana pendapatan sampingan. Jumlah jualan yang dijana pula adalah lebih RM84 juta, melebihi jumlah sasaran tahun ini iaitu RM60 juta.

“Selain itu, bagi agensi yang berminat untuk mendapatka­n latihan, MDEC boleh menganjurk­an program Latihan Pelatih (TOT),” katanya.

Menurutnya, MDEC juga mempunyai kira-kira 1,000 usahawan mikro terkemuka yang disalurkan ke program Sprint eUsahawan iaitu di bawah inisiatif eUsahawan Level-Up.

 ??  ?? SUMITRA
SUMITRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia